KUALA LUMPUR: Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan bahawa PAS
akan mengadakan siaran langsung berkaitan keputusan Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14) di TVPAS dan Hijau FM.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dibuat di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut sebentar tadi.
Beliau memaklumkan bahawa siaran
langsung yang akan mengemaskini keputusan PRU14 daripada 196 Kawasan
Pusat Operasi PAS dan Gagasan Sejahtera di seluruh negara akan bermula
pada jam 5.30 petang.
Kempen kibar bendera PAS
Kamaruzaman juga menghebahkan bahawa PAS
dan Gagasan sejahtera melancarkan kempen kibar bendera PAS yang
mewakili Gagasan Sejahtera.
Beliau menjelaskan bahawa kempen
tersebut bertujuan bagi menyemarakkan lagi semangat pilihan raya dan
sebagai tanda sokongan rakyat kepada PAS dan Gagasan Sejahtera. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan