Sabtu, 21 Mei 2016

Terowong diganti jambatan jika kerajaan lulus

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng


GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang bersedia menggantikan pembinaan terowong dasar laut dengan jambatan sekiranya Kerajaan Persekutuan memberi kelulusan untuk pembinaan jambatan ketiga di negeri ini.  

Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri bersedia menimbang untuk
tidak mengenakan tol bagi jambatan ketiga yang menghubungkan persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di seberang, jika kerajaan persekutuan boleh memberikan kelulusan untuk membina jambatan ketiga itu.  

"Kos projek pembinaan terowong dasar laut adalah tiga kali ganda lebih mahal daripada jambatan ketiga.   
"Sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri akan membina jambatan ketiga dan bersedia menimbang untuk tidak mengenakan sebarang tol kepada pengguna," katanya ketika menggulung ucapan terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, pada persidangan Dun Pualau Pinang, di sini hari ini.  

Guan Eng bagaimanapun tidak menjawab soalan Ketua Pembangkang Dun Pualau Pinang, Datuk Jahara Hamid yang meminta penjelasan sama ada Kerajaan Pulau Pinang telah membuat permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina jambatan ketiga itu. - Bernama


Tiada ulasan: