Sabtu, 21 Mei 2016

Rajasthan catat suhu tertinggi, 51 darjah Celsius

SINAR HARIAN
 
 
Rajasthan catat suhu tertinggi, 51 darjah Celsius


RAJASTHAN - INDIA. Sebuah bandar di sini mencatat suhu tertinggi dengan merekodkan suhu 51 darjah Celsius, kata pejabat kaji cuaca, lapor BBC

"Semalam adalah suhu yang paling panas pernah dicatatkan di negara ini iaitu 51 darjah Celsius di Phalodi," pegawai kaji cuaca India, BP Yadav.

Rekod suhu paling panas yang pernah dicatatkan 50.6 darjah Celsius pada tahun 1956.

Panas terik melanda sebahagian besar utara India di mana suhu telah melebihi 40 darjah Celsius selama beberapa minggu.

Menjelang musim monsun di India cahaya matahari terik dan meningkatkan haba tetapi tahap suhu yang mengancam nyawa mencecah 50 darjah Celsius adalah luar biasa.

Pejabat kaji cuaca telah mengeluarkan amaran 'gelombang haba yang teruk' di seluruh sebahagian besar negeri-negeri utara dan barat India.

Musim panas yang melanda telah mengorbankan puluhan nyawa di negeri-negeri selatan India Telangana dan Andhra Pradesh.


Tiada ulasan: