Rabu, 11 Mei 2016

Penjual rotan keriangan

 
Sebatang rotan berharga RM5 dan ia paling laris sebelum sesi persekolahan baru bermula.


rotan


KUALA TERENGGANU: Penjual rotan mendapat manfaat susulan undang-undang baru yang bakal dilaksanakan tahun depan.

Undang-undang baru itu membenarkan guru besar dan guru merotan pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Pembekal rotan di Pasar Payang, Zakaria Abdullah yang dipetik New Straits Times berkata, pelanggannya terdiri daripada guru dan ibu bapa.

Beliau berkata, lazimnya ibu bapa hanya membeli satu atau dua batang rotan untuk mendidik anak mereka, guru pula membeli lebih banyak rotan kerana perlu berdepan ramai pelajar.

“Saya pernah tanya seorang cikgu yang beli rotan dengan saya hampir setiap bulan jika berdepan masalah dengan kualiti rotan.

“Beliau memberitahu saya ia tiada kaitan dengan kualiti rotan dan mereka tidak perlu guna rotan jika pelajar berkelakuan baik serta berdisiplin,” katanya.

Zakaria yang sudah menjual rotan selama 20 tahun berkata, setiap bulan beliau menjual kira-kira 50 batang rotan.

Jelasnya, jualan paling banyak ialah sebelum sesi persekolahan baru bermula.

Tambahnya, harga sebatang rotan kini adalah RM5 berbanding RM3 kira-kira 20 tahun lalu.

Tiada ulasan: