Selasa, 10 Mei 2016

1MDB berdepan ingkar kedua susulan kupon matang esok

MALAYSIAKINI




1MDB berdepan dengan kemungkinan satu lagu kemungkiran bayaran setelah kupon pembayaran untuk bon AS$1.75 bilion matang Khamis ini.

Ia susulan kegagalan mereka untuk membayar AS$50.3 juta dalam bentuk faedah untuk bon lain, juga berjumlah AS$1.75 bilion, pada bulan lalu.

Kedua-dua bon itu dijamin oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi tetapi terlibat dalam pertikaian dengan 1MDB berhubung hutang berbillion-bilion dolar.

Jika 1MDB gagal atau enggan membayar, ia akan menyebabkan pusingan seterusnya kemungkiran bersilang ke atas hutang-hutangnya yang lain termasuk AS$1.83 bilion (RM7.4 billion) dalam bon Islam, menurut Channel News Asia.

Ia menambah bahawa IPIC mungkin terpaksa campur tangan jika 1MDB gagal untuk membayar bagi mengelakkan kemungkiran bersilang di pihaknya.

1MDB, pada 18 April yang lalu gagal untuk membuat bayaran faedah AS$50.3 juta dan masih belum melunaskan bayaran selepas tempoh lima hari penangguhan yang diberikan.

Seterusnya, IPIC, pada 25 April, bertindak selaku penjamin, membuat bayaran penuh ke atas jumlah ingkar itu dan berkata pihaknya akan membuat tuntutan kepada 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia.

1MDB telah berkata bahawa pihaknya masih terbuka dalam pembayaran kupon akan datang pada 11 Mei ini.

Ia juga cuba menyakinkan pemegang bon bahawa kedudukan kewangan 1MDB tidak bermasalah dan hanya menahan pembayaran berikutan pertikaian dengan IPIC.


Tiada ulasan: