Isnin, 9 Mei 2016

Kementerian arah KTMB siasat insiden kemalangan

Ab Aziz Kaprawi
Aziz Kaprawi


ISKANDAR PUTERI - Kementerian pengangkutan mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pergeselan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan Keretapi Ekspres Rakyat, semalam.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, ia perlu dilakukan bagi mengesahkan punca sebenar boleh berlakunya kejadian tersebut sama ada berpunca daripada kegagalan fungsi atau faktor manusia.

"Kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kecuaian manusia sahaja, tetapi siasatan itu harus dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengesahkannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perkhidmatan KTMB kembali beroperasi seperti biasa]

"Difahamkan juga, keadaan kenderaan tersebut berada dalam keadaan yang baik serta situasi persekitaran di kawasan perlanggaran juga dalam cuaca cerah," katanya.


Tiada ulasan: