shahbudindotcom
Pada
Januari lalu, Peguam Negara Switzerland mendedahkan bahawa satu
siasatan mengenai 1MDB telah mendapati kira-kira AS$4 bilion atau
RM16,000 juta telah diselewengkan daripada dana syarikat itu.
Sehubungan
itu, mereka secara rasmi meminta bantuan Peguam Negara Malaysia
membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku perlanggaran
undang-undang negara itu yang berkaitan dengan sogokan wang kepada
pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan
dakwaan wujud jenayah salah urus dalam firma tersebut.
Itu berita kira-kira lima bulan yang lalu.
Hari
ini, pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan telah memulakan
prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan
berkaitan 1MDB.
Mengikut
Kanan Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki
tidak mengambil semua langkah yang munasabah yang dikehendaki untuk
mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan,
terutama berkaitan penggubahan wang haram atau kesalahan rasuah yang
tertentu.
"Maklumat-maklumat
yang diperolehi menunjukkan kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah
oleh pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB
boleh dielakkan BSI SA diuruskan sewajarnya," kata pejabat Peguam
Negara Switzerland lagi.
Di
Singapura pula, susulan tindakan kerajaan Switzerland tersebut, pihak
berkuasa kewangan negara itu iaitu MAS atau The Monetary Authority of
Singapore telah mengarahkan cawangan Bank BSI di republik itu ditutup.
Penarikan balik status kepada sesebuah bank saudagar oleh kerajaan Singapura ini adalah yang pertama sejak 32 tahun yang lalu.
Alasan
penutupan bank itu ialah berkaitan pelanggaran serius atas keperluan
anti penggubahan wang haram, pengawasan operasi dan pengurusan yang
lemah serta salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangannya.
Nah, lihatlah....besar tak besar bahana 1MDB sekarang sehingga sebuah bank terpaksa ditutup kerananya!!
Masihkah ada yang mahu berbangga dengan 1MDB?
Kiranya
apa yang berlaku melibatkan 1MDB itu tidak begitu serius dan tidak
juga terlalu memudaratkan, melakukan prosiding jenayah mungkin boleh
dianggap perkara biasa, tetapi tentunya luar biasa jika sampai bank juga
ditutup berpunca daripadanya.
Daripada
sekurang-kurangnya tujuh negara yang sudah melakukan penyiasatan
berkaitan 1MDB, negara mana lagi yang akan membawa berita buruk buat
Malaysia selepas ini?
Sudahlah
dibebankan dengan hutang mencecah RM50,000 juta, 1MDB juga tanpa
kesudahan turut mendatangkan aib kepada negara di seluruh pelusuk dunia
dengan satu demi satu negara asing menunjukkan kebenaran yang tidak
ditemui di negara kita sendiri.
Tentunya
juga, selepas tindakan tegas yang diambil oleh Switzerland dan
Singapura ini, bala 1MDB pasti akan berterusan lagi yang mungkin
melibatkan personaliti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan syarikat pelaburan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan