shahbudindotcom
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali antara yang dibenarkan masuk ke Sarawak, tapi hanya sehingga 2 Mei.
Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebelumnya tidak disekat,
tiba-tiba diberitahu hanya boleh berada sehingga 5 Mei saja.
Ketua
Pembangkang, Dr Wan Azizah yang selama ini dilarang, akhirnya
dibenarkan masuk ke Sarawak, itu pun setelah menulis surat kepada Ketua
Menteri, Adenan Satem. Tetapi tempohnya sehingga 5 Mei juga.
Rafizi
Ramli, sebelumnya dilarang, tapi malam tadi diberi kebenaran masuk ke
Sarawak selama lima hari. Bermakna, 5 Mei kena keluar daripada Sarawak.
Sejumlah
yang dilarang masuk ke Sarawak, terus dihalang. Yang diberi kebenaran
pula hanya diberikan ruang masa sehingga 5 Mei saja.
Azmin
dilaporkan mahu datang kembali ke Sarawak pada 4 Mei, tapi nasibnya
tentu saja sukar dijangka, silap-silap 5 Mei tetap diarahkan keluar
daripada negeri itu.
Hari mengundi pilihanraya negeri ialah 7 Mei, tapi menjelang 5 Mei semua dihalau keluar daripada Sarawak.
Secara
tidak langsung, majoritinya nanti hanya pemimpin-pemimpin UMNO dan BN
saja yang dibenarkan berada di Sarawak dalam tempoh kritikal dua hari
sebelum pembuangan undi.
Umpama main bola, di
sepuluh minit terakhir, tiada pemain lawan dibenarkan berada dalam
padang, kecuali penjaga gol manakala pasukan tuan rumah tiada halangan
sama sekali menurunkan kesebelasan pemain.
Begitukah demokrasi yang difahami oleh Adenan Satem?
Di mana di dunia ini ada keadaan seperti itu berlaku dalam pilihanraya?
Itulah Sarawak sekarang. Adenan Satem nyata lebih "teruk dan menjengkelkan " berbanding Taib Mahmud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan