Rabu, 9 Mac 2016

Tiga maut kereta terjunam ke dalam gaung

 Tiga maut kereta terjunam ke dalam gaung


BATU PAHAT - Tiga individu maut setelah kenderaan yang mereka naiki dari jenis Perodua Alza terbabas dan kemudiannya terjunam ke dalam gaung, berhampiran Jalan Kangkar Senangar, dekat Parit Sulong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu membabitkan empat mangsa turut membabitkan dua wanita yang maut serta-merta di tempat kejadian selain seorang daripadanya cedera.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Kasim Ahmad Hamin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kemalangan berkenaan pada jam 5.13 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota telah dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu.

"Mereka yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai dua wanita berusia lingkungan 30-an dan 50-an serta seorang lelaki berusia 30-an.

"Seorang lagi lelaki berusia 50-an dilaporkan cedera, dan kesemua mereka kini dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat," katanya.

Tiada ulasan: