Ahad, 6 Mac 2016

Mini perpustakaan manfaatkan 500 Orang Asal Pulau Carey


ketua kampung-web7 

Oleh: ERMIZI MUHAMAD


KUALA LANGAT : Penambahbaikan perpustakaan mini di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey mampu memberi manfaat kepada lebih 500 masyarakat Orang Asal di sini.

Ketua Kampung, Sidin Anak Bujang, berkata aspek pendidikan terus menjadi teras utama kepada anak Orang Asal ke arah jaminan masa depan lebih baik.

“Dengan projek ini, diharapkan pendidikan anak Orang Asal tidak terabai supaya kehidupan kami lebih bertambah baik pada masa depan.

“Walaupun tinggal di kampung (luar bandar), pendidikan masih lagi menjadi keutamaan dan diharap anak Orang Asal boleh menggunakan perpustakaan ini sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Penyerahan Perpustakaan Mini Kampung Sungai Bumbun oleh Pengarah Programme on Graduate Employability Enchancement (PROGRESS), Azman Ibrahim.

Perpustakaan terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (SK Sg Bumbun) ditambah baik daripada sudut infrastruktur dan penambahan buku pendidikan pelbagai peringkat umur.

asli mini 2


Ia adalah projek tajaan Kerajaan Negeri dengan kolaborasi Irshsad HR Consulting, syarikat yang memberi tumpuan kepada program berteraskan Smart Selangor.

Sementara itu, masyarakat yang ingin menderma pelbagai jenis buku dialu-alukan untuk menghubungi Atiqah Jafri di talian, 0132254675 dan Elmi Farhana 01118623632.

Tiada ulasan: