MSTAR ONLINE
Empat mayat ditemui rentung dalam sebuah kereta yang
dipercayai dihempap sebuah treler di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah
ke selatan selepas Terowong Menora, Jumaat lalu.
Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis berkata jawatankuasa peringkat jabatan itu akan menyiasat operasi pada hari kejadian yang tidak mengesan kenderaan lain di bawah sebuah treler yang terbakar semasa kerja-kerja memadam kebakaran.
Katanya, jawatankuasa itu juga penting untuk pihaknya memperkemas Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika melakukan operasi memadam kebakaran terutama melibatkan kenderaan.
"Kita kesal memandangkan tidak tahu ada mangsa di bawah treler kerana pemandu dan kelindan juga memberitahu mereka tidak melanggar kenderaan lain semasa terbabas sebelum terbakar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Perak 2016 di sini Ahad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan