shahbudindotcom
Di
ketika Najib Razak dipertikaikan di seluruh dunia, malah diperkatakan
ramai persamaan kepimpinannya dengan pencapaian cemerlang bapanya hampir
tidak ada sama sekali, agak menghairankan apabila tiba-tiba Tun
Abdullah Badawi boleh berkata sebaliknya pula.
"Saya
sebagai seorang ayah, yakin dan percaya, bahawa jika Allahyarham Tun
Razak masih ada bersama kita pada hari ini, beliau pasti cukup berbangga
dengan apa yang dicapai oleh anak sulungnya dalam mengisi sebuah ruang
yang cukup besar ditinggalkan oleh beliau," kata bekas Perdana Menteri
itu.
Apa agaknya yang Tun Razak boleh berbangga dengan pencapaian Najib?
Apakah
mungkin Tun Razak boleh berbangga dengan 1MDB, derma berbilion-bilion
dan dana sebuah syarikat milik kerajaan yang masuk ke akaun peribadi
Najib?
Berbanggakan
juga Tun Razak dengan segala macam kemewahan serta pembaziran Najib
bersama isteri dan anak-anaknya yang bertahun-tahun sudah menjadi bualan
ramai?
Lebih-lebih
lagi lafaz kata Tun Abdullah itu dilakukan hampir serentak dengan
tindakan Tun Mahathir Mohamad keluar UMNO yang bukan saja dilihat terus
mengancam kedudukan Najib di singgahsana Perdana Putra, malah juga
menjadikan "hari-hari terakhir" BN semakin di penghujungnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan