Beliau yang meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dalam keadaan tergesa-gesa kira-kira jam 6.40 petang tadi.
Bagaimanapun pergerakan Abdul Azeez dapat 'dihidu' petugas media ketika melalui pintu belakang PWTC yang menghubungkan Hotel Seri Pasific menuju ke kenderaan rasminya.
Biarpun beliau diasak beberapa kali oleh petugas media, namun beliau enggan memberi komen tentang perjumpaan itu.
"Tak ada komen, mesyuarat tadi Alhamdulillah," katanya kepada pemberita sebaik sahaja memasuki kenderaan rasminya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abdul Rahman yang muncul di laluan sama selepas Abdul Azeez turut 'menutup mulut' dan terus meninggal petugas media.
"Saya tak boleh bagi komen," tegasnya
Terdahulu, 14 Ketua Umno Bahagian, Adun dan Ahli Parlimen Kedah mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung krisis Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di PWTC, di sini, hari ini.
Ia susulan tindakan Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.
Sidang media itu mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan