Jumaat, 1 Januari 2016

Ringgit Malaysia 2016 : 1 USD to MYR Bersamaan RM5.00 Pada Suku Pertama Tahun 2016? Punca Sebenar?






Ringgit Malaysia 2016 : 1 USD to MYR Bersamaan RM5.00 Pada Suku Pertama Tahun 2016? Punca Sebenar?


ringgit malaysia 2016


Dr. Suresh Kumar Ramanathan yang berpengalaman luas selama tempoh 21 tahun lamanya dalam Asia FX, dan juga merupakan bekas ahli ekonomi Bank Negara Malaysia BNM serta pemegang PHD dalam jurusan ekonomi dari Universiti Malaysia ada berkongsi pandangan beliau mengenai trend Ringgit Malaysia 2016 kelak.

Selepas menempuhi tempoh yang cukup bergelombang dan mencabar sepanjang tahun 2015, apa pula yang berlaku kepada Ringgit Malaysia sepanjang 2016?
Kata Dr. Suresh ketidaktentuan Ringgit Malaysia berpunca daripada masalah “liquidity” dalam pasaran. Dan beliau juga mengatakan bagi separuh masa pertama tahun 2016, Malaysia berhadapan dengan kemelesetan ekonomi secara teknikal.

Dan mengejutkan bagi Berita Semasa apabila Dr. Suresh menjangkakan nilai Ringgit Malaysia akan cecah RM5.00 setiap satu Dollar Amerika dalam tempoh 3 bulan yang akan datang sekaligus memberikan tekanan dan bahang kepada beberapa sektor dan kumpulan yang terbabit.

Tekanan-tekanan yang diterima Malaysia termasuk :
  1. Ketidaktentuan potensi untuk turun rating kredit Malaysia
  2. Pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal reserve
  3. Kelemahan ekonomi yang melanda Tanah Besar China sekarang
  4. Pasaran komoditi yang mengecut
  5. Kejatuhan mendadak harga minyak dunia
Telah memberikan warna dalam kejatuhan nilai Ringgit Malaysia selama tempoh 12 bulan terakhir bagi tahun 2015 kali ini. Dan menjadi tukaran 1 USD to MYR menjadi lebih besar

Ringgit Malaysia 2016 : 1 USD to MYR. Inilah Sebebabnya..


Dan jangan kita semua terlepas pandang yang mana negara polis Dunia, Amerika Syarikat sedang diambang Pilihan Raya umum mereka yang memberikan nilai tambah kepada kekuatan Dollar Amerika selepas ini.

Ditambah pula walaupun Malaysia sudah pun melepasi ketidaktentuan kemungkinan pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve selama berbulan-bulan lamanya buat pertama kali selepas kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat tahun 2008, cabaran buat Malaysia tidak terhenti setakat ini sahaja. 

Ini kerana dijangka akan berlaku 4 lagi kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve pada tahun 2016 kelak.

Persoalannya :
  • Pasti naik atau tidak?
  • Jikalau jadi naik bila? Adakah pada separuh pertama tahun 2016 atau separuh kedua tahun 2016?
Ini semua bergantung kepada monetari polisi oleh Federal Reserve.

Sekaligus memberikan tekanan berterusan kepada nilai Ringgit Malaysia di masa akan datang.

P/S : 1 USD to MYR sehingga bersamaan memberikan kesan besar kepada kos import makanan kepada negara Malaysia


Tiada ulasan: