Jumaat, 1 Januari 2016

Pakatan Harapan akan buat pengumuman besar

 
Ia melibatkan saf kepimpinan pakatan pembangkang sebagai persediaan menumbangkan BN pada PRU14


Dr. Wan Azizah Wan Ismail


PETALING JAYA: Pakatan Harapan bakal membuat mengumumkan besar dalam tempoh terdekat dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU14).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengumumam besar itu melibatkan pendedahkan dokumen saf kepimpinan Pakatan Harapan sebagai persediaan berdepan PRU14.

“Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan PKR serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya,” katanya dalam perutusan Tahun Baru 2016.

Presiden PKR itu berkata, Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain akan terus bekerjasama untuk menentang kezaliman dan membawa keadilan kepada rakyat Malaysia selepas pelbagai kejadian dan skandal sepanjang 2015.

Beliau menyenaraikan empat insiden dan skandal terbesar yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat iaitu;
  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan
  2. Skandal derma RM2.6 bilion yang sehingga kini Datuk Seri Najib Tun Razak gagal memberi penjelasan memuaskan kepada seluruh rakyat
  3. Skandal 1MDB yang menjadi skandal terbesar dalam sejarah negara apabila sebuah syarikat kerajaan menanggung berpuluh bilion hutang
  4. Akta Majlis Keselamatan Negara yang diluluskan secara terburu-buru di Parlimen yang memberi banyak kuasa kepada Perdana Menteri.
Wan Azizah berkata, pertubuhan bukan kerajaan dan bukan politik yang cintakan negara diseru bersama-sama dengan pembangkang untuk membawa perubahan besar kepada negara.

Tiada ulasan: