CYBERJAYA: Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital
sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya
perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan
oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).
Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya, bagaimanapun berkata
untuk menikmati perkhidmatan itu, pengguna perlu terlebih dahulu
memiliki set dekoder atau 'Set Top Box' atau televisyen yang mampu
menerima siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.
Katanya untuk itu, set-set dekoder dan televisyen berkenaan perlu
mempunyai label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenal oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikenali sebagai
'Label Pengguna Alat Penerima DTTB" atau ringkasnya 'DTTB Malaysia' yang
akan mula diguna pakai awal tahun hadapan.
"Dengan adanya label khas ini, pengguna dapat memastikan mereka hanya
membeli alat penerima siaran DTTB seperti dekoder dan televisyen yang
disahkan untuk menikmati siaran digital dengan kualiti gambar serta
audio terbaik," katanya selepas seminar Label Pengguna Alat Penerimaan
DTTB di sini baru-baru ini.
MYTV selaku pelaksana dan pengendali infrastruktur DTTB di Malaysia
juga memegang hak ekslusif penjualan serta pengedaran dekoder DTTB di
negara ini dan semua dekoder dilengkapi label 'DTTV Malaysia'.
Label DTTB Malaysia diperkenalkan oleh SKMM dan pengeluarannya dikawal
selia oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd. Menjelas lanjut mengenai
DTTB, Mohamed Redzwan berkata, fasa pertama siaran yang dijadual awal
2016 akan meliputi kira-kira 85 peratus kawasan berpenduduk di seluruh
negara sebelum dipertingkat kepada 98 peratus menjelang akhir 2016.
"Liputan kita adalah berdasarkan kepada populasi penduduk di sesuatu
kawasan kerana pihak MYTV mahu memastikan setiap rakyat yang layak dapat
menikmati perkhidmatan DTTB ini," katanya.
Beliau berkata, menerusi perkhidmatan DTTB, penonton di negara ini akan
menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih
baik, pilihan saluran siaran percuma lebih banyak selain akses
perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli belah dari rumah
serta menonton video atas permintaan.
Sebanyak dua juta set dekoder akan diedar dan diberi secara percuma
kepada isi rumah yang yang layak iaitu mereka yang tergolong dalam
kelompok pendapatan 40 peratus ke bawah (B40).
Beliau berkata, pengguna hanya perlu menyambungkan alat dekoder kepada
antena dalaman yang termasuk dalam pakej dekoder itu, ataupun kepada
antena terestrial luaran yang sedia ada untuk menikmati siaran DTTB
kelak.
Mengenai kos pelaksanaan, Mohamed Redzwan memberitahu projek DTTB itu
adalah inisiatif pembiayaan swasta dan pihak MYTV memperuntukkan
pelaburan sebanyak RM4.5 bilion bagi tempoh 15 tahun.
MYTV adalah syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan untuk membangun
dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan rangkaian bagi
perkhidmatan DTTB di Malaysia sebagai usaha melaksanakan penghijrahan
sistem penyiaran nasional daripada analog kepada digital menjelang 2017.
- Bernama
1 ulasan:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih
Catat Ulasan