BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai ketika
tiba bagi merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-30
hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU, Permohonan wakil rakyat Bebas untuk menjadi anggota mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) wajar ditolak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya, beliau bersetuju dengan cadangan
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar
wakil rakyat tersebut diterima menjadi rakan kepada BN.
“Saya faham kenapa Tan Sri Pairin meminta
supaya calon-calon Bebas yang menentang calon BN secara rasmi tidak
diterima oleh parti-parti komponen BN. Saya tahu perasaan kita telah
terguris dan (menyebabkan) luka yang mendalam.
“Saya akan bisikkan perkara (cadangan)
ini kepada Pengerusi BN (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) supaya
jangan terima (permohonan keanggotaan wakil rakyat Bebas),” katanya
ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-30 di sini.
Ahmad
Zahid juga berkata perkara itu harus diusulkan pada mesyuarat BN dan
Umno akan datang dan menurutnya beliau akan menyokong usul itu.
Timbalan Perdana Menteri turut
menyuarakan keyakinan jumlah dan nisbah wakil Sabah dan Sarawak dalam
Kabinet persekutuan sekarang ini terus kekal.
Jelasnya, ini bagi memastikan semangat kebersamaan sentiasa wujud dalam pentadbiran negara.
“Di dalam sejarah kepimpinan di Malaysia
ini, (jumlah) wakil Sabah dan Sarawak dalam Kabinet yang terbesar dalam
sejarah politik ialah ketika di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.
“Saya sebagai orang yang membantu Datuk
Seri Najib komited agar komposisi yang sama, jika tak dapat
dipertingkatkan pun, akan terus kekal,” katanya.
Ahmad Zahid turut mengingatkan parti
komponen BN supaya sentiasa mengamalkan rundingan secara tertutup dan
tidak menggunakan media sebagai platform untuk menyuarakan perbezaan
pendapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan