Dana Suhakam kena potong dalam Bajet 2016
THE MALAYSIAN INSIDER
Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjangka menghadapi defisit pada November
tahun depan selepas pembiayaannya dipotong sebanyak hampir 50% dalam
Bajet 2016, kata pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam. – Gambar fail The
Malaysian Insider.
Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjangka menghadapi defisit pada November
tahun depan selepas pembiayaannya dipotong sebanyak hampir 50% dalam
Bajet 2016.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata dalam Bajet 2015,
suruhanjaya itu memperuntukkan RM10 juta bagi pembiayaan operasi, yang
dikurangkan kepada RM5.5 juta pada tahun depan.
"Peruntukan bajet semasa akan menyaksikan suruhanjaya itu mengalami
defisit pada November tahun depan yang hanya dapat menampung kos tetap
keseluruhan.
"Ini tanpa mengambil kira perbelanjaan tetap suruhanjaya itu atau
perbelanjaan untuk menjalankan program, yang boleh menyebabkan defisit
lebih awal jika tiada dana tambahan diperoleh," katanya dalam satu
kenyataan hari ini. Hasmy berkata Suhakam ada berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan untuk mempertimbangkan kesan Bajet 2016
terhadap kemampuan suruhanjaya itu untuk menjalankan fungsi terasnya,
iaitu melindungi dan menggalakkan hak asasi manusia di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan