Dengan
gelombang kenaikan harga barang, kenaikan tol lagi, belum campur GST
lagi kakitangan kerajaan negeri Selangor boleh menarik nafas lega
seketika dengan sumbangan dan kerja keras, bakti yang mereka taburkan
sepanjang tahun 2015 ini bagi menguruskan negeri Selangor khususnya.
Ini kerana berdasarkan pengumuman
pembentangan Belanjawan Selangor 2016, kakitangan kerajaan akan menerima
bukan sebulan bonus sahaja tetapi satu bulan setengah gaji penjawat
awam Selangor.
Tetapi selepas diselidiki dan diteliti rupa-rupaya ia dirangkumkan sekali dengan bayaran bonus pada bulan Mei yang lalu.
Semoga pembayaran bonus ini dan pengumuman kenaikan gaji
naik ini nanti bakal menjadi pembakar semangat untuk meneruskan kerja
yang lebih baik dan efektif di masa akan datang pada masa akan datang
Butiran Bonus Satu Bulan Setengah Gaji Selangor dan Naik Gaji
- Peruntukkan berjumlah RM44.1 juta
- Pembayaran bonus pada 17 Disember 2015 untuk setengah bulan. Manakala, sebulan bonus telah pun dibayar pada Mei 2015 yang lalu. Oh…begitu rupanya.
- Kenaikan naik gaji sebanyak 3 peratus akan bermula Januari 2016 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan