Rabu, 25 November 2015

Azmin Ali cabar UMNO bersemuka

 
Isteri Azmin dan anaknya berumur 15 tahun disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 4.0.


azmin-ali


KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencabar UMNO bersemuka denganya dan jangan menjadikan keluarganya sebagai sasaran untuk menyiasat Perhimpunan Bersih 4.0.

“Saya minta UMNO jangan ganggu keluarga dan anak saya. Mereka patut bersemuka dengan saya bukan gunakan anak saya. Saya cabar UMNO berdepan dengan saya secara terus,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Azmin tiba bersama isterinya bagi menemani anak mereka berumur 15 tahun yang dipanggil polis untuk memberi keterangan kerana hadir di Perhimpunan Bersih 4.0.

Mereka ditemani Peguan Latheefa Koya dan Radzlan Jalalluddin dari PKR.

Azmin berkata, perbuatan mengganggu keluarganya itu menunjukkan UMNO berada dalam situasi terdesak.

“Lebih 500,000 peserta yang hadir di Dataran Merdeka tetapi anak dan isteri saya yang menjadi sasaran.
“Ini menunjukkan UMNO dalam keadaan terdesak dan kita akan terus berjuang menentang ketidakadilan oleh UMNO,” katanya.

Isterinya, Shamsidar dan anaknya, Mohamad Basheer Noor Alhaq disoal siasat sejam setengah mengikut Seksyen 4 (2) (F) Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana membawa anak bawah umur ke perhimpunan.
Kira-kira 50 penyokong Azmin hadir memberi sokongan termasuk wakil BERSIH iaitu Maria Chian Abdullah dan Hishamuddin Rais.

“Kita mempunyai banyak jenayah serius membabitkan menteri, Perdana Menteri dan sebagainya. Tetapi mereka menghabiskan masa, membuang masa, pergi ke majistret, cuba dapatkan notis, waran tangkap dengan satu tujuan utnuk menyiasat kanak-kanak dan ibubapanya supaya mereka terus boleh mengganggu pemimpin pembangkang atau aktivitis yang mempersoalkan kerajaan,” kata peguam Azmin, Latheefa.

Tiada ulasan: