GEORGETOWN: ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletakkan jawatan
sebagai Setiausaha Penganjur DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Isnin, lalu.
Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dalam kenyataannya, berkata
tindakan itu dibuat susulan isu sokongan terhadap usul wakil rakyat
Barisan Nasional (BN) berhubung isu penambakan laut pada sidang DUN
Jumaat, lalu.
Yee Cheu adalah antara enam ADUN yang tidak mengundi usul mengenai
tebus guna tanah lebih 2,600 hektar yang dibawa oleh pembangkang.
Selain Yee Cheu, lima lagi ADUN PKR yang berkecuali adalah ADUN
Penanti Dr Norlela Ariffin; ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen; ADUN Kebun
Bunga Cheah Kah Peng; ADUN Batu Uban T Jayabalan dan ADUN Machang Bubuk
Lee Khai Loon.
Usul itu dibawa kerana khuatir pembangunan di kawasan itu akan
menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus, selain
menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan