THE RAKYAT POST
Seorang lelaki maut
akibat cedera parah di leher selepas dilibas dengan pisau oleh adik
lelakinya dalam kejadian di Jalan Orkid, Batu 8 Sijangkang, Telok
Panglima Garang di sini, petang Rabu.
KUALA LANGAT- Seorang lelaki maut akibat cedera parah
di leher selepas dilibas dengan pisau oleh adik lelakinya dalam kejadian
di Jalan Orkid, Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini,
petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt
Zailan Tasir berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang
berusia 32 tahun dikatakan bertengkar dengan suspek dalam rumah mereka.
“Kejadian bermula apabila mangsa bertengkar dengan adiknya yang berusia 26 tahun disebabkan suspek tidak berpuasa.
“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara
kedua mereka apabila mangsa bertindak agresif dengan mengambil besi
panjang di bahagian dapur dan suspek turut ke dapur mengambil pisau,”
katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Zailan berkata ketika pergaduhan, suspek
menyerang abangnya dengan melibas pisau menyebabkan mangsa mengalami
kecederaan parah di leher kiri.
“Suspek berhenti menyerang mangsa apabila melihat darah mengalir banyak di bahagian leher si mati.
“Akibat kecederaan itu, mangsa keluar
dari rumah bersama seorang rakan lelaki dengan memandu Proton Wira milik
suspek ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya.
Zailan berkata mangsa, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata
polis menahan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan