MALAYSIAKINI
PAS menasihatkan pemimpin progresif PAS (G18) yang mahu menubuhkan parti
Islam baru supaya merujuk sejarah panjang perjuangan Islam yang dibawa
PAS selama ini.
Menurut MP Temerloh itu lagi, jika mereka berbuat demikian, maka
pemimpin kumpulan itu akan menemui kesempurnaan perjuangan Islam yang
dibawa parti itu.
"Bagi
mereka yang merasakan perlunya satu lagi parti Islam, ada baiknya
mereka dengan ikhlas merujuk sejarah perjuangan Islam yang dibawa oleh
PAS yang panjang.
"Ini kerana mana-mana individu yang melihat kembali sejarah dan merujuk
sumber-sumber Islam dengan jujur dan ikhlas akan segera mendapati
kesyumulan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
"Kita beristiqamahlah sehingga kemenangan," katanya melalui kiriman Whatapps kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas kenyataan kumpulan progresif yang menyatakan keperluan
mempunyai sebuah parti Islam baru kerana PAS didakwa bersikap tidak
terbuka malah Majlis Syura dikatakan mengongkong kepimpinan.
Semalam MP Khalid Samad membayangkan
penubuhan parti Islam yang baru yang inklusif kepada semua kaum tanpa
mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan
terasnya antara lain memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.
Bekas anggota jawatankuasa PAS pusat itu juga berkata hasrat itu akan
menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan
inklusif yang dibina pada masa ini.
Mengulas kenyataan beberapa bekas rakan sejawat mendakwa Majlis Syura PAS mengongkong
kepimpinan PAS, Nasrudin berkata semua dasar, keputusan atau polisi
Majlis Syura Ulama berpaksikan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan qias yang
muktabar.
'Tak timbul'
"Sekiranya kita benar-benar beramal dengan akhlak sebagai ahli gerakan
Islam, tidak akan timbul isu bahawa keputusan Majlis Syura sebagai satu
kongkongan.
"Sebaliknya ia merupakan satu panduan untuk ahli PAS kekal di atas
aqidah perjuangan seperti yang telah ditegaskan oleh datuk tuan guru
presiden PAS," katanya.
Sementara itu, Harakahdaily hari ini melaporkan Timbalan
Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim mengakui pemilihan parti
pada muktamar baru-baru ini memberi "kesan yang sangat besar" berbanding
pemilihan sebelum ini.
"Ada
beberapa aspek yang memberi kesan kepada PAS apabila barisan kepimpinan
yang didokong barisan ulama terutamanya dari sudut organisasi.
"Kita perlu duduk dan merangka strategi bagi memantapkan gabungan antara
ulama, profesional dan aktivis parti," katanya seperti dilapor portal
berita itu.
Laporan itu juga menyebut, Tuan Ibrahim menggesa ahli supaya memantapkan
cawangan dan menambahkan jumlah keahlian, yang kini telah mencecah
lebih sejuta ahli, supaya PAS mendominasi dalam gabungan pembangkang.
"Bukan sahaja kekuatan dalam Pakatan Rakyat, tetapi mampu mengamil alih
Umno untuk teras kepada orang Melayu," katanya seperti dilaporkan.
Dalam laporan itu juga, Tuan Ibrahim berkata gambar bahawa ada ahli PAS
akan keluar parti tidak akan berlaku sepertimana yang
digembar-gemburkan, sebaliknya PAS akan terus kuat jika berpegang teguh
kepada dasar dan prinsip Islam.
"Begitu juga dalam isu rakyat kita bersikap anjal dan akan terus
berjuang untuk mereka, apa yang kita perlu ingat perubahan muktamar tiu
merupakan isyarat untuk PAS kembali kepada perjuangan asal iaitu
perjuangan Islam," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan