Oleh Ng Kee Seng
Kerajaan persekutuan gemar hidup dalam dunia sendiri, memberitahu bahawa segala-galanya bagus untuk semua rakyat Malaysia, dari segi kewangan dan ekonomi. Tetapi golongan miskin bandar dan luar bandar, dan kini golongan berpendapatan sederhana, sedang bergelut untuk menyara hidup.
Kos sara hidup sedang melambung, membesarkan anak-anak, memberi mereka makan dan pendidikan yang baik merupakan suatu tekanan.
Kemewahan seperti kereta dan motosikal, hubungan telekomunikasi dan peralatan IT berada di luar kemampuan ramai.
Dan bagaimana pula dengan kos memiliki tempat tinggal?
Rakyat kebanyakan mengetahui dan merasakannya. Mereka tidak boleh tertipu mengenai realiti ke atas kos sara hidup.
Walau bagaimanapun, kerajaan persekutuan terus menyebarkan dan
menenangkan rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa kesemuanya adalah
baik-baik sahaja.
Tetapi statistik global dari Indeks Kos Sara Hidup Generasi Y (GYCLI) telah membawa pendedahan.
Laporan Knight Frank Global Cities 2015 yang julung kali diadakan,
yang diterbitkan pada 25 September mendedahkan bahawa tiada bandar Asia
yang berjaya mendapat tempat 10 teratas.
Ini bermakna, Generasi Y berhempas pulas mencari rezeki setiap hari
tanpa dapat menyimpan. Kuala Lumpur tidak pun berada dalam tangga 20
teratas.
GYCLI menilai kos sara hidup di bandaraya-bandaraya global kepada golongan profesional muda.
Hong Kong muncul sebagai bandar yang paling kurang berpatutan manakala
Frankfurt mengungguli indeks itu. Semua tujuh bandaraya-bandaraya
global Asia Pasifik berada di bawah tangga 10 teratas.
Keputusan laporan CLI ini menunjukkan bahawa graduan muda yang tinggal
di Frankfurt mempunyai paling banyak pendapatan boleh guna, dengan
kira-kira 60 peratus daripada gaji bersih mereka masih berbaki pada
akhir setiap bulan, berbanding dengan 4.61 peratus defisit bagi
graduan-graduan Hong Kong.
GYCLI
memberi tumpuan kepada graduan muda di daerah-daerah perniagaan pusat
(CBD), dengan menggunakan pembolehubah seperti gaji permulaan graduan,
kos penginapan, bil, sewa serta harga satu pain bir, secawan kopi dan
barang-barang runcit.
Laporan itu
menganalisis kos sara hidup di daerah-daerah yang baru muncul di
sekitar CBD tradisional dunia di bandar-bandar terkemuka global,
seperti kawasan sekitar Square Mile di London, atau Downtown New York.
Ketua penyelidikan perdagangan Knight Frank, James Roberts berkata:
"Banyak daerah-daerah yang baru muncul di sekeliling CBD tradisional
telah membangun sebagai tempat bertenaga dan canggih untuk didiami, dan
sering menarik siswazah-siswazah muda untuk memulakan kerjaya mereka di
situ.
"Bagaimanapun, apabila
populariti kawasan-kawasan ini meningkat, harga akan naik dan graduan
muda sering bergelut untuk kekal mendiami kawasan itu.
“Ia tidak boleh lagi dianggap bahawa pekerja-pekerja yang lebih
berumur mahu berpindah ke pinggir bandar, sebaliknya mereka turut
sukakan gaya hidup bandar yang bertenaga, jadi persaingan bagi
mendapatkan tempat kediaman di kebanyakan lokasi-lokasi bergaya menjadi
semakin panas. Satu cabaran di kebanyakan bandar-bandar global adalah
bagi mengimbangi permintaan bercanggah bagi menempatkan gelombang firma
baru, dan pekerja-pekerja mereka, dalam kawasan yang sama yang menjadi
tumpuan ramai.”
Kos Sara Hidup Generasi Y (disusun mengikut kemampuan)
Sumber: Laporan Knight Frank Research/Newmark Grubb Knight Frank, Global Cities 2015, Mukasurat 93
Di bandar-bandar Malaysia, seperti ibu kota persekutuan Kuala Lumpur,
George Town dan Johor Bahru, graduan Gen Y tertekan dari segi kewangan.
Jangan disebut mengenai makan mewah atau bufet dalam suasana berhawa
dingin di hotel untuk memikat gadis, atau bakal pelanggan.
Adakah sesiapa yang terfikir mengapa di Lembah Klang, kedai-kedai nasi
campur tradisional ekonomi sudah tidak lagi ekonomi. Sepinggan nasi
boleh menelan harga RM10 atau lebih!
Set makan tengah hari/malam nasi beriani boleh dikenakan caj sehingga RM18 bagi seorang!
Nasi Kandar dan daun pisang? Jangan tanya. Anda minta pelayan untuk
mengira sebanyak tiga kali, dan dia akan memberikan anda tiga harga yang
berbeza.
Dengan kenaikan yang
akan berlaku terhadap harga bahan api dan kadar tarif kuasa, ditambah
pula dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada
April akan datang, apa yang boleh rakyat Malaysia jangkakan tahun
depan?
Ramai yang pasti akan
menjawab bahawa kos sara hidup di Singapura adalah lebih tinggi
daripada di Malaysia. Ini tidak tepat atau benar.
Sepinggan nasi lemak di pusat penjaja makanan di Singapura (dengan
sepotong ayam, telur, kentang dan sayur-sayuran) hanya berharga S$3.50.
Bagaimana pula di Malaysia? Sudah tentu anda tidak boleh menukar
matawang dan menyatakan yang ianya adalah lebih mahal daripada di
Malaysia, apabila anda memiliki dolar Singapura.
Selain itu walaupun kos sara hidup di Singapura adalah lebih tinggi,
tetapi pendapatan individu juga telah meningkat secara berkadar. Seorang
guru sekolah menengah dibayar lebih daripada $10,000, belum termasuk
bonus. Bandingkan ini dengan guru-guru di Malaysia.
Jadi, apakah masalah-masalah sosio-ekonomi sebenarnya di Malaysia? Kerajaan atau rakyat? -http://bm.theantdaily.com
Ng
Kee Seng percaya bahawa tuhan sentiasa membantu mereka yang menolong
diri mereka sendiri. Dalam sebuah demokrasi yang sihat, setiap rakyat
Malaysia mempunyai peranan yang perlu dimainkan dalam politik dan
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan