Sabtu, 4 Oktober 2014

Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 Sen Tahun 2014 VS Harga Minyak Dunia Jatuh (US$94.16) Setong!





petrol ron95



Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 sen VS Harga Minyak Dunia Jatuh (US$94.16) Setong ; Berdasarkan laporan Berita Semasa (DI SINI) pada Mei 2013, Berita Semasa pernah mengatakan harga petrol RON95 akan naik sehingga RM2.30. Hari ini, kerajaan Malaysia telah merealisasikannya berdasarkan 2 siri kenaikan, sekali menjelang Bajet 2014 dan terbaru menjelang Bajet 2015. Hari ini……

Hari ini bermulalah kehidupan baru rakyat marhaen menikmati harga baru petrol RON95 naik sebanyak 20 sen bermula awal pagitadi sehinggalah……….Erm. Tidak tahu sampai bila harga petrol RON95 ini bakal bertahan. Rakyat Malaysia acapkali dihidangkan dengan kejutan. Tekejut dengan pengumuman ini, terkejut dengan kenyataan ini……

Subsidi Kerajan Malaysia Berkurang VS Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 Sen?

 

Mungkin ada hari ini, yang sudah beralih kepada daripada menggunakan kereta berlaih kepada motosikal, menggunakan perkhidmatan awam yang lebih kerap, menumpang rakan ke tempat kerja atau sebagainya. Jikalau yang mengisi minyak hari ini, anda pasti tidak akan menunggu terlalu lama untuk mendengar “ktak” pada nos pump minyak menandakan minyak anda sudah habis diisi. Apa tidaknya…
  • Kos harga minyak petrol RON95 naik
  • Jumlah liter yang boleh diisi semakin berkurang
ron95 naik

Seperti biasa malam tadi berlaku pesta perebutan membeli saki minyak sebanyak mana yang boleh bagi mengisi perut kenderaan masing-masing. Samada tidak suka, tidak bersedia atau tidak boleh menerima berita kenaikan petrol RON95 naik bersama-sama dengan harga diesel naik ini, kehidupan rakyat Malaysia seperti kita semua, anda, anda semua perlu diteruskan.

Sebenarnya tidak sukar untuk menjangkakan trend kenaikan harga minyak di Malaysia :

Kita akan mendengar deretan kenyataan menteri dan kalangan profesor yang tampil di media memberikan pendapatan tentang betapa tidak bagusnya negara terus memberikan subsidi kepada rakyat Malaysia secara umum, dan ia perlu ditarik balik :
  • Selepas kenyataan demi kenyataan keluar di media untuk tujuan mendidik selesai
  • Keluarlah, pengumuman yang tidak sanggup diterima dan didengar dikalangan rakyat marhaen terutamanya iaitu berita kenaikan harga minyak petrol RON95 naik dan juga harga minyak diesel naik
  • Pelbagai tawaran insentif akan dijanjikan untuk diberikan kepada kelompok sasaran menjelang Bajet 2015 Malaysia kelak
Contoh kenyataan? Anda boleh semak paparan paparan di bawah ini yang telah keluar 2 hari yang lalu. Dan skrip pengumuman antara laporan Berita kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel menjelang bajet 2014 dan juga Bajet 2015 kali ini hampir sama. Harapan Berita Semasa cukuplah sekadar janji ditepati. Insyaallah. Amin.
Semakan Berita Semasa terhadap laporan Nasdaq menunjukkan trend harga minyak dunia pada 3 bulan terkahir ini berada pada paras menurun sejak bulan Julai 2014 tempoh hari. Tetapi lain pula yang berlaku di Malaysia. Apabila Rakyat Malaysia dicampakkan dengan berita kenaikan petrol RON95 naik dan juga harga minyak diesel naik bermula malam tadi.

harga ron95

 

Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 Sen VS Kenaikan Kos Sara Hidup & Inflasi?


Hakikatnya, duit yang diperolehi rakyat malaysia semakin berkurang nilainya….Berita Semasa pulangkan semula bola tanggung ini yang bernama “masalah kos sara hidup & inflasi terkini” yang menimpa di kalangan rakyat Malaysia untuk diselesaikan dengan segera selepas berita kenaikan minyak petrol RON95 naik & diesel ini. Apa respon balas anda pula?

Di bawah ini ada senario gambar yang berlaku malam tadi

Tiada ulasan: