Anwar (kanan) berucap ketika pertemuan bersama pimpinan PKR Perak, kelmarin
IPOH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan
mencalonkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai
Menteri Besar Selangor sebelum ini sebagai agenda yang perlu
dilaksanakan.
Menurutnya, walaupun menyedari dan memahami risiko bakal dihadapi, namun keputusan itu dianggap agenda yang mesti diteruskan.
Katanya, bagaimanapun pelbagai isu dibangkitkan media telah memberi gambaran keadaan yang berbeza.
“Sebenarnya ini adalah agenda untuk kita laksanakan. Inilah pentingnya kita faham dengan risiko yang kita ambil.
“Saya kenal dan saya tahu populariti itu akan jatuh sebab media gasak dengan mengatakan kita seolah-olah hendak rebut jawatan sahabat pula,” katanya ketika berucap semasa pertemuan bersama pimpinan PKR Perak di sini.
Sementara itu, mengulas mengenai isu penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Anwar berkata, ia bukan satu kesalahan serius.
Katanya, jika berdasarkan pada mazhab Syafie, perkara itu sememangnya salah dan tidak digalakkan tetapi tidak termasuk dalam kategori boleh dijatuhi hukuman berat atau dikenakan hukum hudud kerana melakukannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan