Jumaat, 24 Oktober 2014

P Pinang haram pendatang jadi tukang masak gerai

MALAYSIAKINI



 


Kerajaan negeri Pulau Pinang meneruskan rancangan kontroversinya dengan mengharamkan golongan pendatang daripada bekerja sebagai tukang masak di gerai penjaja makanan di negeri itu.

Anggota exco, Chow Kon Yeow berkata keputusan itu dicapai berdasarkan hasil tinjauan yang didakwa memberi sokongan ke atas cadangan berkenaan.

Katanya, tinjauan yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang itu menunjukkan 86 peratus responden setuju dengan objektif mengekalkan keaslian makanan Pulau Pinang.

Menurut Chow, tinjauan dijalankan ke atas 8,272 orang warga Pulau Pinang, 6,493 pelancong tempatan dan 45 orang pelancong asing, bermula 25 Julai hingga 31 Ogos.

"Menurut tinjauan, 86.02 peratus setuju jika Majlis Perbandaran percent agreed jika Majlis Perbandaran Pulau Pinang menarik balik lesen gerai penjaja yang menggaji tukang masak warga asing, dan hanya 13.98 peratus menolak idea itu,” kata Chow dalam satu sidang media hari ini.

Chow berkata, satu pelekat dengan slogan “Makanan Pulau Pinang paling bagus” akan diberikan kepada kedai yang mematuhi dasar terbabit.

Ketua Menteri Lim Guan Eng pula berkata, dasar tersebut hanya akan dilaksanakan tahun depan, apabila ketetapan baru itu dimasukkan dalam syarat permohonan lesen.

Dasar berkenaan akan dikuatkuasakan ke atas semua penjaja gerai dan juga penjual makanan di pusat membeli belah.

Syarat berkenaan bagaimanapun dikecualikan kepada pengusaha restoran.

"Penjaja akan diberi tempoh peralihan setahun untuk mematuhi dasar itu sepenuhnya.

"Warga asing boleh membantu tukang masak atau membantu membersihkan gerai tetapi tukang masak utama mesti orang tempatan,” kata Lim.

Tiada ulasan: