Apa
hendak saya tarik perhatian di sini bukan soal ke Makkah tidak memberi
tahu kawan, tetapi desas desus mengatakan anak bekas Timbalan Perdana
Menteri itu hendak keluar Pas. Kenapa dan apakah beliau serius? Atau pun
sekadar acahan sahaja kerana kurang berpuas hati dengan sesuatu yang
berlaku muasir ini dalam Pas.
Sebenarnya sebelum berangkat ke Makkah, Tamrim sudah meluahkan rasa kurang senang dia dengan Pas. Beberapa catatannya dalam whasaap dan SMS memberi gambaran dia sudah serabut dengan Pas. Dia terejut dan tidak sangka dengan yang berlaku bila dipadankan Pas sebagai parti Islam. (Sebenarnya parti agama).
Sebenarnya sebelum berangkat ke Makkah, Tamrim sudah meluahkan rasa kurang senang dia dengan Pas. Beberapa catatannya dalam whasaap dan SMS memberi gambaran dia sudah serabut dengan Pas. Dia terejut dan tidak sangka dengan yang berlaku bila dipadankan Pas sebagai parti Islam. (Sebenarnya parti agama).
Antara yang dikesalkan Tamrim ialah dengan sikap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang tidak istiqamah dengan keputusan Pas Pusat dan bersikap tidak profesional khasnya dalam soal menentukan MB Selangor. Sikap dolak dalih Abdul Hadi menyebabkan keyakinan Tamrim kepada Pas dibawah pimpinan Abdul Hadi terganggu. "Presiden apa kalau macam ni, Sayuti?" Adunya kepada saya menerusi satu percakapan melalui telefon.
Gara-gara tidak setuju dengan tindak tanduk presiden, Tamrim juga tidak hadir ke muktamar Pas di Batu Pahar Johor.
Kekecohan muktamar Pas dan ucapan presiden yang dilihat tidak
menggambarkan sebagai ucapan seorang ketua kepada parti agama, juga
turut menjadikan Tamrim tidak betah untuk bersama Pas. Bagaimana luahan
peribadi itu, saya tidak merasakan dia akan bertindak sampai memaling
punggung kepada Pas. Saya sangat berharap Pas adalah parti terakhir
Tamrim selepas dia hilang kepercayaan dan kesukaan dengan Umno.
Bila balik dari Makkah, saya membaca ada laporan dalam portal mengenai
hasrat Tamrim itu yang dikaitkan sama dengan beberapa orang lain yang
ingin meninggalkan Pas. Apapun beritanya masih belum sah. Tidak ada
pengesahan daripada Tamrim, melainkan ia hanya gossip semata-mata. Saya
tidak fikir Tamrim yang baru menyertai Pas, baru sekali melalui pilihan
raya umum bersama (sokong) Pas. akan membuat keputusan itu, berundur
daripada Pas dan politik.
Tamrim harus mengambil kira yang ada orang-orang Pas masih sayang dan syokkan kepadanya. Beliau juga perlu faham bahawa kedut dalam Pas adalah sesuatu yang normal. Tidak ada parti yang sempurna seperti mana tidak ada gading yang tak retak. Kalau Pas kini bermasalah hanya oleh beberapa kerat sahaja, tetapi tidak semua sehingga beliau harus merasa cuak dengan Pas. Ibarat sebuah rumah yang rosak hanya dua tiga keping lantai, manakala strukturnya masih kukuh. Apa yang wajar dilakukan Tamrim ialah memperkemaskan dengan menggunakan pengalaman keukangan politik yang ada.
Siapa pun dan apa yang orang katakan kepada Tamrim, tetapi bagi saya
beliau tetap masih ada nilai politik tersendiri. Suara dan pandangannya
masih diperlu atau pun boleh diambil peduli untuk memasakkan dunia
politik. Tamrim seorang tokoh politik lama yang banyak pengalaman. Dia
sudah sudah lama dalam politik dan sangat masak dengan politik Umno.
Kelebihan ini sepatutnya digunakan Pas untuk memperkuatkan parti
tersebut. Banyak rahsia dan kerencaman Umno dalam pengetahuan Tamrim dan
boleh dijadikan kayu ukur kepada Pas.
Walau baru bersama Pas beliau sudah meranyai ke seluruh negara bersyarah
membela Pas. Kemucak atau harga paling mahal yang dibayar Tamrim ialah
sehingga dia meringkuk dalam penjara gara-gara bersyarah kemudian
ditangkap di bawah akta hasutan. Khabarnya dia akan didakwa di Mahkamah
di bawah akta berkenaan.
Kandati itu, pendakwaan dan lokap yang ditumpanginya hanya beberap jam
sahaja, tetapi itulah harga yang terpaksa Tamrim kena bayar apabila dia
menyertai Pas, atau pembangkang. Sekiranya dia tidak mengambil keputusan
menentang Umno dan mengkritik kepimpinan Umno mungkin dia tidak merasai
bau harum penjara dan terpaksa masuk ke kandang OKT di mahkamah.
Dan kepada Tamrim sendiri, bila anda menyertai Pas, anda harus merasai yang Pas jauh beza dengan Umno. Pas adalah Pas yang tidak sama dengan Umno. Kekayaan dan keistimewaan (posisi) dalam Umno tidak akan diperolehi dalam Pas. Pas parti politik yang ada kalanya menjelma menjadi gerakan agama yang menuntut pengorbanan ahli tanpa dinilai.
Dan sekiranya Tamrim berhajat untuk menggayangkan Pas dengan tindakannya itu, ia tidak akan memberi apa-apa kesan. Pas akan tetap utuh dengan prinsip perjuangannya. Yang mungkin berubah hanya uslub dan ulah pucuk pimpinannya, tetapi Pas seagai sebuah organisasi yang diperlembagaan tidak akan berubah kecuali ianya dipinda.
Saya berharap Tamrim tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan Pas, sebaliknya harus jimat menutur kata dan bertindak seperti mana dia mengambil masa terlalu lama untuk menyertai Pas dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan