Gaji Pendapatan Bawah RM4,000 Boleh Beli
Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi. RM4,001 Hingga RM12,000? : Sekarang
ini kita lihat penguatkuasaan larangan terhadap pembelian minyak petrol
RON95 oleh rakyat Singapura dan Thailand di kawasan larangan yang telah
ditetapkan masih lagi lemah. Mereka terus tersenyum gembira menikmati
limpahan subsidi minyak yang diraih oleh mereka selama ini. Selepas….
Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan
kenaikan harga minyak petrol RON95 naik baru-baru ini, nampaknya
kerajaan sudah tidak menoleh kebelakang lagi. Kali ini dengan formula
beli minyak petrol dengan subsidi berdasarkan gaji dan pendapatan
bulanan anda.
Masih anda ingat lagi formula Ahmad Maslan sekitar September 2013 seperti di bawah ini :
KLIK SINI : Guna Minyak RON 95 Sebulan : Gaji RM3000 & Ke Bawah (Minyak RM132)
VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375). Setuju?
Berita Terkini Semakan Mekanisme Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi?
Berdasarkan Berita Terkini yang Berita Semasa perolehi :
- Sistem subsidi petrol di Malaysia akan bermula 1 Jun 2015
- Difahamkan pelaksanaan pemberian dan pembayaran BR1M adalah “serampang dua mata” bagi pengumpulan data untuk penentuan pemberian hak dan kemudahan kepada rakyat Malaysia yang bakal dapat beli minyak petrol RON95 dengan subsidi
- Sistem baru subsidi petrol di Malaysia akan mahu diberikan kepada yang “benar-benar layak” sahaja. berdasarkan gaji dan pendapatan bulanan anda. Adakah anda orangnya yang layak itu? Atau….
- Pembelian & pembayaran petrol RON95 dengan subsidi perlu disertakan sekali kad pengenalan anda
- Anda boleh beli petrol RON95 dengan subsidi jika tangga gaji dan pendapatan bulanan anda antara RM4,000 dan ke bawah
- Walaubagaimanapun, jika anda memiliki pendapatan antara lebih RM4,000 hingga RM12,000 sebulan, keputusan masih lagi terumbang ambing. Anda dapat sikit atau tidak akan dapat langsung.
Bagi Berita Semasa sendiri pada
peringkat awal lagi adalah lebih baik mantapkan dulu pemantauan dan
penguatkuasaan bagi mengurangkan lagi kerugian negara dek kerana kes
penyelewengan minyak ke negara jiran. Ini kerana pada masa sekarang
dilihat pelaksanaan menggunakan IC, ada banyak “loophole”. Jikalau
beriya benar mahu gunakan IC sebagai medium untuk rakyat Malaysia beli
minyak petrol RON95 dengan subsidi, sebelum mahu laksanakannya :
- Perbaiki dahulu kualiti MyKad. Hakikatnya, kualiti chip mykad mudah sangat rosak dan tidak boleh ‘read’
- Pertingkatan sistem network server
- Perbetulkan isu lembap, lag semasa akses server oleh cikgu-cikgu, sudah diperbaiki?
- Inikan pula, berapa umat manusia di Malaysia yang bakal akses server pada satu-satu masa yang sama untuk mengesahkan maklumat minimum gaji dan tangga gaji serta pendapatan rakyat yang telah diettapkan oleh kerajaan Malaysia untuk dibenarkan beli minyak petrol RON95 dengan subsidi
Biasakah anda mendengar ayat lazim daripada pihak bank, “Maaf, MyKad anda tidak boleh baca”.
Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi : Kad Pengenalan VS Kad Subsidi?
Bukankah :
“Prevention is better than cure”
Mengapa mesti menggunapakai kad
pengenalan (IC) untuk beli benarkan rakyat Malaysia beli minyak petrol
RON95 dengan subsidi? Kenapa? Mengapa tidak benarkan sahaja pemilik
kenderaan yang sah di Malaysia sahaja diberikan satu “kad subsidi”
walaupun ada banyak kereta dimilikinya sekalipun seperti mana yang
diamalkan di Iran sekarang ini? Atau anda mungkin ada cadangan lain?
Pendapat anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan