Gaji Fresh Graduate di Malaysia,
Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup : Apabila jika mahu dibuat
perbandingan melibatkan pengurusan kewangan bagi kalangan yang memiliki
gaji RM2,500 sebulan ia terlalu subjektif. Ada yang cukup, ada yang
tidak cukup. Ini semua….
Ini semua berpandukan dan berfaktorkan
kepada lokasi tempat kerja, isu inflasi, kos sara hidup semasa, lokasi
kediaman, cara pengurusan kewangan dan juga sejarah dan latarbelakang
hutang sebelum-sebelum ini.
Sebagai contoh ada yang mengatakan pada
sekitar tahun 2002 contohnya dengan gaji permulaan RM2,700 sebulan masih
dilihat banyak. Perbelanjaan boleh guna dilihat cukup.
- Kereta iswara RM500
- Beri ibu ayah RM300
- Sewa rumah + bil RM350
- Makan : RM500
- Simpan ASB : RM700
- Kos Minyak : Minyak harga murah pada masa itu dengan minyak yang berkualiti RON97
Itu tahun 2002, bagaimana realiti keadaan sekarang? Kami pulangkan persoalan ini semula kepada anda.
Hari ini, AKPK ingin memberikan
peringatan kepada anda semua rakyat di Malaysia supaya memulakan
pengurusan kewangan yang betul yang mana boleh mengelakkan anda semua
kancah dan masalah “tidak cukup duit” setiap hujung bulan. Semuanya AKPK
bersandar kepada angka seperti di bawah ini :
- Gaji permulaan anda sebagai siswazah yang baru memulakan kerja berdasarkan kajian AKPK adalah dengan pendapatan dan gaji RM2,500
- Dengan gaji RM2,500 AKPK merasakan cukup sebenarnya apabila pengurusan kewangan anda betul
- AKPK mengingatkan golongan siswazah yang baru mula kerja tidak perlu tergesa-gesa beli kereta baru kerana bukan sahaja terpaksa tanggung beban kos beli kereta baru, tetapi juga kos minyak, kos parking kereta, tol, cukai, insurans dan kos penyelenggaraan kereta sedangkan pengurusan kewangan golongan muda masih belum kukuh.
Laporan AKPK
Persoalannya yang ingin Berita Semasa
kongsikan di sini, berapa ramai siswazah yang gaji permulaannya RM2,500
sebulan? Berapa ramai?
KLIK BACA SINI : Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi
di Malaysia? Setuju?
- Pernah AKPK semak kriteria yang diperlukan syarikat swasta contohnya, perlukan calon yang mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan sendiri? Di Jobstreet Malaysia contohnya, begitu banyak syarikat yang meletakkan syarat ‘must own transports’
- AKPK pernah membuat tinjaun yang lebih terperinci di mana ada yang lulusan universiti contohnya hanya mendapat gaji RM2,500 dengan pengalaman sekurang-kurangnya 3-5 tahun? Pernahkah?
- Berapa ramai graduan universiti yang berpeluang untuk meneyrtai keluarga syarikat besar dan gergasi MNC?
- AKPK ada dimaklumkan ada terdapat syarikat yang menerima deretan permohonan jawatan kosong untuk jawatan kerani dengan gaji RM900 sebulan yang kebanyakannya lepasan ijazah pencapaian 3 pointer dan ke atas. Ada?
Kenaikan Gaji di Malaysia Munasabah VS Kos Sara Hidup VS Produktiviti?
Terus terang Berita Semasa ingin
cakapkan, untuk pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang terkawal
dengan gaji RM2,500 cukup sebenarnya bagi yang bujang. Tetapi tidak
untuk dengan status berkahwin dan berkeluarga yang mana memang hanya
“cukup-cukup makan sahaja” apatah lagi yang tinggal di bandar-bandar
besar di Malaysia. Dengan….
- Bayar pinjaman rumah?
- Bayar pinjaman kereta??
- Bayar deretan bil utiliti??
- Perbelanjaan duit dapur??
- Belanja anak-anak??
- Bayar tanggungan bayaran balik hutang ptptn??
- Bayar insurans??
- Peruntukkan duit-duit dan dana kecemasan??
- Akhir sekali simpanan??
- Hujung bulan……..
Ya…benar. Gaji RM1,000 sekalipun pun
cukup sebenarnya jikalau diuruskan dengan baik, perbelanjaan terlalu
berhemah. Tetapi salahkah untuk rakyat Malaysia sudah beberapa tahun
hidup secara berhemah dan berjimat cermat inginkan dan impikan kehidupan
yang lebih selesa di atas bumi yang bernama Malaysia pada masa akan
datang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan