MALAYSIAKINI
Disibukkan dengan politik remeh seperti pesta bir dan acara menyentuh
anjing boleh menjejaskan persaingan serantau Malaysia, kata kolumnis Bloomberg.
William Pesek berkata, Malaysia boleh ketinggalan di belakang Indonesia,
yang dilihat akan membangun cepat bawah presiden barunya Joko Widodo
atau Jokowi.
Pesek menambah, kebangkitan Jokowi memanjat ke puncak kuasa daripada
“tiada siapa-siapa” dengan sendirinya menunjukkan Indonesia cenderung
kepada persaingan dan meritokrasi.
Malaysia sebaliknya, yang “secara teknikalnya sekular”, menggunakan
agama untuk mempertahankan kuasa ketika menangani isu Oktoberfest dan
sama ada orang Islam patut dibenarkan menyentuh anjing.
“Kegagalan Malaysia amat mengecewakan kerana ia sangat tidak perlu,” katanya.
Katanya, Malaysia patut segera merobohkan halangan persaingan dan bukannya melayan “isu-isu sampingan”.
“Malaysia patut ingat bahawa globalisasi membolehkan semua ekonomi berkembang cepat.
“Jika negara mereka enggan menjadi terbuka dan menjadi meritokrasi
sebenar – tempat yang sosok seperti Jokowi boleh naik ke tampuk kuas
melalui peti undi – negara jiran seperti Indonesia dan Filipina akan
mencuri pelaburan dan industri.
“Kemudian masalah yang mereka tumpukan hari ini tidak akan nambak begitu besar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan