Oleh Ng Kee Seng |
Keupayaan atau kecenderungan untuk bercakap besar tentu bukannya ukuran untuk menjadi
seorang pemimpin yang bijak. Dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk
Seri Mohamad Hasan adalah seseorang yang melakukannya tanpa
mengetahui bahawa beliau kerap ditertawakan orang lain.
Walau bagaimanapun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak tawaran Negri Sembilan itu kerana ia tidak cukup untuk menangani krisis air di negeri yang lebih besar dan kaya itu.
Hari ini, The Star melaporkan pengenaan catuan air di tiga daerah
tenggara Negeri Sembilan dari 22 September, kerana cuaca kering yang
berpanjangan.
Langkah ini akan memberi kesan kepada kira-kira 15,000 isi rumah di Rembau, Tampin dan Gemencheh.
Mohamad berkata, sebagai permulaan, catuan itu akan dikenakan selang sehari selama sebulan.
"Kami tidak ada pilihan kerana paras air di empangan Gemencheh telah jatuh ke tahap yang berbahaya," katanya.
Mohamad, adakah anda ikhlas atau hanya cuba untuk menunjuk-nunjuk atau
bercakap besar apabila anda menawarkan untuk menjual air kepada
Selangor?
Ahli-ahli politik
seperti Mohamad perlu sedar bahawa apa yang mereka katakan atau lakukan
sentiasa boleh mengenai batang hidung mereka sendiri.
Hari ini, ahli-ahli politik dari kedua-dua belah jurang politik adalah
sama bersalah seperti Mohamad yang bercakap besar dan memperbodohkan
diri mereka sendiri.
Yang terbaru
adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dari parti DAP, Lim Guan Eng yang
terpaksa memohon maaf kepada Sultan Selangor selepas membuat rentetan
"cakap besar" retorik politik – berkenaan mempertahankan hak-hak rakyat
dan perlembagaan persekutuan.
Dalam hal yang sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut
terpaksa momohon maaf kepada Sultan Selangor kerana mengemukakan hanya
satu nama bagi jawatan MB Selangor, tetapi beliau menjelaskan bahawa dia
dan PKR hanya bertindak dalam kerangka perlembagaan.
Ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak harus menjaga lidah
mereka dan memastikan bahawa mereka mampu mempertahankan semua yang
mereka katakan atau janjikan.
Jika
tidak, mereka perlu diam kerana lebih banyak yang mereka tuturkan dan
gagal untuk sampaikan, lebih banyak kewibawaan yang mereka hilang.
Mereka juga mula kehilangan keyakinan rakyat.
Itulah apa yang berlaku kepada kedua-dua belah jurang politik,
termasuk pemimpin-pemimpin Umno yang diketuai oleh presidennya dan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan