Ahad, 18 Mei 2014

DAP cuba tarik pengundi Melayu melalui Dyana Sofya, kata penganalisis

OLEH EILEEN NG






























Bolehkah Dyana Sofya Mohd Daud (gambar) menarik pengundi Melayu di kerusi Parlimen Teluk Intan? Itulah yang parti beliau, DAP, ingin ketahui apabila mereka mencalonkan beliau sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) pada 31 Mei ini.

Penganalisis berkata parti itu sedang cuba menukar imej parti Cina yang ada padanya dan menembusi hati dan minda orang Melayu dengan meletakkan seorang wanita muda Melayu sebagai calon.

DAP, yang merupakan satu pertiga daripada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), berusaha keras membuktikan kepada pengkritik bahawa mereka salah dengan meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya umum lepas untuk meluaskan sokongannya di kalangan majoriti pengundi di negara ini.

Setakat ini, DAP mempunyai dua orang ahli Parlimen Melayu – Zairil Khir Johari di Bukit Bendera dan Datuk Ariff Sabri di Raub – kedua-duanya mewakili kerusi majoriti Cina.

Pengarah Eksekutif Merdeka, Center Ibrahim Suffian (gambar) berkata, walaupun meletakkan Dyana, parti itu akan mempunyai tugas mencabar dalam mengubah persepsi pengundi.

"Ini adalah sesuatu yang mengambil masa kerana persepsi mengambil masa lebih lama untuk dibina. DAP mempunyai pandangan jangka panjang ini dengan mencuba untuk membentuk imej mereka daripada sebuah parti komunal kepada parti kebangsaan," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Beliau berpendapat, perubahan tentatif boleh diukur daripada pilihan raya akan datang, undian mengatakan jika DAP berjaya mendapat "lebih" sokongan daripada orang Melayu, ini akan menjadi satu usaha berkesan untuk mendapat sokongan masyarakat itu.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, calon DAP Seah Leong Peng mendapat 25% daripada 23,000 undi Melayu.

Ahli Parlimen penggal pertama itu meninggal dunia akibat kanser pada 1 Mei, menyebabkan pilihan raya kecil itu diadakan.

"Teluk Intan adalah kawasan separa-luar bandar dan ini akan menjadi satu perkembangan menarik untuk dilihat bagaimana kedudukan DAP yang bergerak dari zon selesa dengan meletakkan calon Melayu untuk perubahan imej dan jenama,"kata Ibrahim.

Apa-apa tanda peningkatan dalam undi Melayu akan  dialu-alukan untuk DAP membuktikan kepada pengkritiknya bahawa mereka boleh memecahkan acuan Cina.

Jadi tumpuan di Teluk Intan, menurut penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan, adalah golongan profesional muda Melayu kerana mereka lebih mudah menerima perubahan.

"Sukar untuk mereka mempengaruhi orang tua Melayu tetapi mereka boleh mendekati orang-orang yang lebih muda," kata beliau sambil menambah bahawa meletakkan Dyana adalah strategi yang baik untuk menarik lebih ramai sokongan.

Bagaimanapun, cubaan DAP membaiki imej untuk menjadikannya lebih menarik kepada pengundi Melayu masih belum membuahkan hasil kerana pemimpin-pemimpin Melayunya masih belum menguasai imaginasi masyarakat itu.

Satu lagi masalah adalah kedudukan kerusi yang dipertandingkan itu, yang sebahagian besarnya di kawasan bandar dan kebanyakan program mereka adalah berasaskan bandar bukan berasaskan bangsa.

"Pemimpin Melayu perlu mempunyai pengaruh dengan masyarakat untuk berjaya dan DAP tidak mempunyai itu," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng.

Merujuk kepada Zairil dan Ariff, Khoo berkata kedua-duanya belum mendapat sokongan masyarakat Melayu dan beliau menjangkakan yang sama dengan Dyana.

"Mereka tidak membuat apa-apa kesan yang ketara, sama ada dengan secara konsisten mengadakan dialog dengan orang ramai atau membuat pendirian yang kukuh dan bergema dalam masyarakat, "katanya.

Oleh kerana kurang pengalaman, Khoo memberi amaran bahawa peguam berusia 27 tahun itu akan berhadapan dengan soalan sukar yang dikemukakan lawannya, terutama dalam isu hudud.

PAS mahu melaksanakan hudud di Kelantan, satu pelan yang menyaksikan bantahan besar-besaran daripada sekutunya, DAP, yang selama ini menentang keras pelaksanaan kanun jenayah Islam itu di Malaysia.

Walaupun PAS kemudian menangguhkan langkah itu, ia telah menjejaskan hubungan antara kedua-dua pihak.

"Ia adalah keputusan yang sangat berisiko, pemimpin-pemimpin Melayu parti itu belum membuat pendirian yang jelas mengenai hudud. Justeru, ada risiko lawan Dyana akan bertanya mengenai pendirian beliau mengenai perkara itu," katanya.

Dyana, yang merupakan setiausaha politik kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, akan berdepan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, yang pencalonannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Presiden Gerakan itu memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum tahun 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada calon DAP M. Manogaran dan Seah pada tahun 2008 dan 2013 dengan majoriti 1,470 dan 7313 undi masing-masing.

Teluk Intan mempunyai 60349 pengundi yang terdiri daripada 59927 pemilih biasa, 410 pengundi awal dan pengundi tidak hadir 12.

Kawasan itu mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 Cina pengundi (41.9%) dan 11,468 pengundi India (19%).

Penamaan calon bagi pilihan raya ini akan diadakan pada 19 Mei dan pengundian awal pada 27 Mei.

DAP menang pertama kali kerusi itu, yang dikenali sebagai Teluk Anson dalam pilihan raya umum 1969 apabila Chan Fu King mengalahkan Menteri Kesihatan dari MCA Dr Ng Kam Poh.

Bagaimanapun, sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya parlimen pada 1974, 1984 dan 1993, komposisi dan watak pengundi di kawasan Parlimen Teluk Anson berubah daripada 1969.

Ini membolehkan calon-calon Gerakan memenangi kerusi itu dari pilihan raya umum 1974, sehingga pada 1995 di mana calon DAP M. Kula Segaran berjaya memecahkan kemenangan itu.

Tiada ulasan: