KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar tampil dengan buku kartun baru
berbentuk pendedahan yang menyorot konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim sejak dari kali pertama di era Mahathir hinggalah ke era Najib.
Dengan
judul “Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip”,
dia mengkartunkan dan mengkritik keras tingkah laku tokoh-tokoh
politik, hakim-hakim, tukang sumpah, polis dan Peguam Negara.
“Semua mereka melakonkan sebuah skrip besar memfitnah serta menzalimi
Anwar semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah tuan-tuan politik untuk
terus mengekalkan kuasa. Tuduhan liwat adalah adegan utama lakonan jijik
mereka,” kata Zunar kepada Keadilan Daily.
“Semua espisod yang disampaikan dalam buku ini ini bukan kerana sosok Anwar sebagai individu.
“Anwar
adalah simbol mangsa kezaliman dan fitnah penguasa.
Tetapi dalam
melaksanakan skrip konspirasi, penguasa telah mengeheret institusi
kehakiman, kepolisian, Peguam Negara, institusi agama dan lain-lain
sehingga semua institusi di Malaysia telah hancur.
Kesannya akan menimpa
semua kita. Kerana itu isu dalam buku ini adalah isu rakyat,” kata
kartunis itu lagi.
Menurut kartunis kontroversi itu lagi, buku ini diterbit bukan atas
tujuan untuk mendapat keuntungan, sebaliknya atas tanggungjawab sebagai
manusia untuk menyampaikan kebenaran memandangkan media kartun adalah
cara berkesan.
Pelancaran 23 Mei
“Bakat melukis yang dianugerah Tuhan kepada saya bukanlah kelebihan,
tetapi adalah sebuah tanggungjawab. Kerana itu saya harus menggunakan
karya-karya saya untuk menyampaikan fakta kepada orang ramai terutama
yang cuba disembunyikan oleh kerajaan seperti dalam kes Anwar.
“Kerana itu, buku ini hanya dijual dengan harga RM10 dengan tujuan agar ramai mampu memiliki dan menyebarnya,” tegas beliau.
Buku setebal 52 muka surat ini diterbitkan dalam dua versi – Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Pelancarannya akan dilakukan oleh YB Nurul Izzah, Datuk Ambiga
Sreenevasan dan Datuk A Samad Said pada 23 Mei ini, di Dewan Perhimpunan
Cina, Kuala Lumpur. Sila klik di sini untuk maklumat lengkap.
Buku ini tidak akan dijual di kedai kerana tekanan pihak berkuasa, namun pembelian secara online boleh dibuat di sini untuk BM dan di sini untuk Inggeris.
Pembelian dan maklumat juga boleh dibuat melalui nombor telefon: 03 9221 1045.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan