Ahad, 10 November 2013

Wanita ditemui mati di lorong pejalan kaki

 

 

Seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia ditemui mati di lorong pejalan kaki, berhadapan stesen Petronas di Jalan Bangsar, semalam.

Mayat wanita yang hanya dikenali sebagai Juhiriyah, 40-an, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam yang melalui kawasan itu tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu mati sejak empat hari lepas.

"Polis menemui beg tangan mangsa berhampiran mayat itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- Bernama

Tiada ulasan: