Azuan Ab Rahman
SHAH ALAM : Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan
parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres
Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika
ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira terhadap penerimaan
perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi
kemampuan parti itu.
Antara
pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di
mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi
anggota biasa.
Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa syarat permohonan menjadi
ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana parti
lain.
Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat
kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan
Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi
yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.
Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat
turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan
memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.
Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu
disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari
mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan