ANALISIS Seperti
yang dijangka, selepas ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan
timbalannya Nik Abduh Nik Aziz tidak mempertahankan jawatan dalam
pemilihan sayap PAS kali ini, persaingan merebut dua jawatan teratas
sayap itu terbuka luas tetapi sengit.
Mahu tidak mahu, Pemuda dan penyokong Pemuda PAS di seluruh negara bakal mendapat ketua dan timbalan yang baru dalam pemilihan dewan itu kali ini, selepas langkah mengejut Nasrudin dan Nik Abduh itu.
Yang pasti, pemilihan kali ini menjadi kayu ukur sama ada calon kepimpinan Pemuda yang baru mampu berdepan dan menangani isu besar untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan Pemuda DAP dan PKR.
Ini ekoran legasi, agenda dan pendekatan sedia menerima kritikan hebat banyak pihak kerana dilihat gagal untuk menyaingi keupayaan Pemuda BN yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Kedua-dua kumpulan itu kini rancak mencongak dan berkempen bagi memastikan pilihan masing-masing terpilih mengisi kekosongan jawatan itu, termasuk jawatan naib ketua Pemuda pada saat-saat akhir penerimaan pencalonan petang ini.
Sepanas pemilihan kepimpinan tertinggi PAS Pusat, penentuan calon ketua Pemuda bakal menyaksikan pertembungan antara Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang mewakili kumpulan profesional dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad bagi kumpulan proulama.
Sementara seorang lagi calon ketua Pemuda Zulhazmi Sharif yang turut menawarkan diri dilihat tidak mampu memberi saingan kepada kumpulan ini dan peguam itu sekadar memeriahkan demokrasi dalam pemilihan Pemuda PAS.
'Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat'
Zulhazmi juga adalah peguam Kempen Anti-Saman Ekor (Kase) yang tidak mewakili kumpulan tertentu dan membawa tema kempen "Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat".
Dari satu sudut, Suhaizan dan Kamaruzaman dilihat mempunyai trek rekod dalam sayap itu dengan bermula daripada bawah. Suhaizan pernah menjadi exco pemuda sementara Kamaruzaman pernah memegang jawatan setiausaha.
Namun, umum melihat Suhaizan mempunyai kelebihan dari sudut penglibatan meluasnya, antaranya bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada 2009 sehingga berjaya mengerah puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalan raya memastikan dasar itu dimansuhkan.
Beliau juga antara individu yang meneruskan pembongkaran isu "Mismah Gate" - siri pendedahan mengenai penduduk tetap yang didaftar sebagai pengundi sehingga ia menjadi isu nasional sebelum kerajaan memandang berat berhubung pendedahan yang dbuat.
Umum juga melihat Kamaruzaman yang juga timbalan yang dipertua Putrajaya pula mempunyai jasa dalam Pemuda PAS, apabila menjadi setiausaha dewan itu sebelum ini.
"Saya sangat rapat dengan Suhaizan. Tapi (buat masa ini) saya tidak mahu memberi sebarang komen sehingga selepas 9 November ini," kata Kamaruzaman sambil ketawa kecil kepada Malaysiakini semalam.
Seorang lagi calon 'simpanan', Ketua Penerangan Riduan Mohd Nor turut dicalonkan dan tidak mustahil pertukaran boleh berlaku sebelum tarikh tutup pencalonan petang ini.
Bagaimanapun sumber-sumber Pemuda memberitahu Malaysiakini persaingan Suhaizan-Kamaruzaman itu dilihat berkebolehan dan sama tahap memandangkan mereka seangkatan sewaktu berkhidmat dalam Pemuda .
Padang sama rata
"Kedua-dua mempunyai perwatakan profesional. Dari mata kebanyakan perwakilan, mereka nampak berbelah bagi yang mana nak sokong.
"Mereka satu angkatan, bermula dalam Pemuda, dan berkawan baik," kata sumber Pemuda yang enggan namanya disebut kepada Malaysiakini semalam.
Bagi persaingan merebut jawatan timbalan ketua pemuda pula, umum melihat persaingan seimbang tetapi sengit antara anak lelaki Presiden PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naib ketua pemuda sekarang Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.
Muhammad Khalil yang berkelulusan universiti di Yaman dikatakan mewakili kumpulan proulama, manakala Raja Ahmad Iskandar mewakili kumpulan profesional - dikatakan akan berentap di padang yang sama rata. Kedua-dua pernah menuntut pelajaran di United Kingdom.
Bagi jawatan naib ketua Pemuda pula, umum melihat persaingan antara dua profesional muda - peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan jurutera sebuah syarikat terkenal Mohd Khairul Nizam Khairuddin.
Ahmad Zamri adalah timbalan pengerusi lajnah Undang-undang PAS dan bekas calon PAS bagi kerusi parlimen Titiwangsa, manakala Mohd Khairul Nizam adalah bendahari Pemuda PAS.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan