Selasa, 19 November 2013

Laksana hudud di Kelantan hanya 'permulaan' - Salahuddin

MALAYSIA CHRONICLE




SHAH ALAM - Kelantan akan menjadi "permulaan" bagi Pas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di negeri bawah naungan PR yang lain, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, jika Kelantan berjaya melaksanakan hukum hudud, ia akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaannya di negeri-negeri PR yang lain.

"Ini (Kelantan) sebagai permulaan untuk diteruskan di negeri PR yang lain," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan mendesak kerajaan PR yang lain untuk melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang dinaungi parti perikatan itu.

Tuan Ibrahim berkata, perkara mengenai undang-undang syariat Islam dan hukum hudud akan dibahaskan pada Muktamar Pas ke-59 yang akan bermula Rabu ini.

Tambahnya, jika Kelantan berjaya melaksanakan hudud, maka wajar Pas mencadangkan undang-undang itu diperkenalkan di negeri PR yang lain.

"Kalau Kelantan berjaya, baru boleh kita cadangkan ia dilaksnakan di negeri PR lain," ujarnya.

Bagaimanapun, Salahuddin yang juga bekas ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, bantuan daripada kerajaan Pusat dan pihak yang terbabit perlu untuk merealisasikan hukum hudud itu terutama di negeri Kelantan.Sinar Harian

Tiada ulasan: