Isu yang di hadapi oleh Peguam Negara nampaknya bertambah serius apabila bekas Pegawai
Tinggi Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, akan menjadi akuan bersumpah nya
menjadi dokumen awam. Ini adalah kerana Putrajaya (Najib) tidak
mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah beliau terhadap Gani
Patail. Putrajaya telah menerima akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim
lebih dari sebulan yang lalu tetapi tidak akan nampak sebarang tindakan
di ambil ke atas akuan bersumpah itu sampai ke hari ini.
Akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang di bayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 dari 31 mukasurat akuan bersumpah itu. Jika ini berlaku kita akan menghadapi satu lagi isu besar yang akan menjadi polimik di khalayak ramai dan ia di katakan hanya sebahagian kecil dari banyak lagi isu yang selama ini di lindungi oleh mereka yang mempunyai kuasa yang telah menyalahgunakan nya.
Mahu tidak mahu pembongkaran secara terbuka ini merupakan satu
pengajaran kepada semua yang pesalah-laku seperti yang di tuduh itu
tidak akan dapat di lindungi selama-lamanya. Salah laku kita akan
terbongkar juga akhirnya kerana masakan ‘bangkai gajah boleh di tutupi
dengan nyiru’ sahaja. Langkah yang terbaik bagi siapa yang telah
melakukan jenayah melindungi jenayah itu ialah dengan bersara sahaja dan
hentikan segala salahlaku yang telah di lakukan itu.
Isu seperti ini hanya boleh di selesaikan dan di rungkai kembali oleh
seorang Perdana Menteri yang mempunyai wibawa sahaja. Perdana Menteri
yang sedang berkuasa mesti mengambil ‘accountability’ ke atas semua
salahlaku yang di lakukan penjawat awam tinggi negara. Tentulah apa yang
terkandung dalam akuan bersumpah itu adalah perkara yang serius dan
perlu mendapatkan tindakan segera dari Putrajaya khususnya Perdana
Menteri, Najib Razak. Kalau tidak masakan Datuk Mat Zain begitu serius
dan telah berjuang tanpa henti untuk melihat Peguam Negara di ambil
tindakan kerana apa yang beliau anggap sebagai salahlaku yang tidak
boleh di lindungi lagi.
Tiada seorang pun dalam kabinet negara memberikan reaksi terhadap apa
yang berlaku itu. Dr Mahathir berkata beliau akan memberikan reaksi
setelah membaca semua isi kandungan akuan bersumpah yang setebal 31 muka
itu. Dr Mahathir sendiri perlu membaca dengan teliti dahulu sebelum
memberikan reaksi kerana Gani Patail telah menjadi Peguam Negara sejak
pentadbiran beliau.
Jika terbongkar kesemua kandungan akuan bersumpah itu ia akan
menjadikan semua kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara
itu menjadi hak milik awam dan hanya memerlukan belanja RM5 sahaja untuk
mendapatkan naskah setebal 31 muka itu.
Saya sudah pastinya akan menjadi salah seorang yang akan berbelanja RM5
itu untuk membaca kandungan akuan bersumpah itu. Jika jenayah yang
dilakukan oleh penjenayah yang merampas anak kepada Sarah Joseph, Jumaat
lalu, mendapat perhatian umum dan rakyat bersama-sama mencarinya, dalam
kes akuan bersumpah ini juga sepatutnya mendapat reaksi yang sama dari
rakyat ramai. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab rakyat untuk menangkap
semua penjenayah yang telah melakukan salah laku seperti yang
terkandung dalam akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu.
Ini penting kerana negara ini yang di punyai rakyat dan rakyat berhak
untuk melakukan apa yang sepatutnya untuk menyelamatkan dari kehancuran
hasil dari tindakan tidak jujur penjawat awam kita. Selama ini
pemimpin-pemimpin kita dalam kerajaan begitu lalai dan mengambil
segala-galanya ‘for granted’. Budaya dan sikap ini mesti di hentikan
serta merta kerana negara ini perlu keselamatan dan rakyat adalah
empunya negara ini. Negara ini bukan Perdana Menteri yang punya atau Dr
Mahathir atau Gani Patail yang punya.
Sesiapa sahaja yang pemimpin semasa berlakunya salah laku Gani Patail
itu (jika benar) mesti mengambil ‘accountability’ dan wajar di ambil
tindakan juga. Oleh kerana ‘accountability’ yang bakal di ambil oleh
mereka dan pemimpin yang bertanggungjawab itu, maka masanya akan tiba di
mana negara ini perlukan rombakan besar-besaran dalam hal politik dan
kerajaannya.
Sumber salah laku pegawai tinggi kerajaan ini selalunya berpunca dari
kerajaan yang korup dan kotor. ‘Tikus dan lalat tidak akan berkeliaran
di tempat yang busuk dan kotor’. Tikus-tikus dan lalat serta langau
hanya akan berkeliaran di tempat kotor sahaja kerana mereka tidak boleh
hidup di tempat yang bersih dan nyaman. ‘Ulat taik hanya selesa hidup di
dalam taik’. Ulat taik akan mati dan tidak boleh hidup dalam suasana
bersih.
Begitu jugalah pegawai atau pemimpin yang kotor tidak boleh hidup dalam
politik yang bersih. Mereka juga seperti ulat taik tadi. Lagi kotor
suasana politik itu lagi selesa mereka hidup dengan suasana kotor
seperti dalam taik tadi.
Sekarang rakyat perlu melakukan pembersihan dan membuang taik-taik yang
ada semata-mata untuk mengelak dari kehadiran ulat-ulat taik yang sudah
sekian lama mengerumuni kita sejak berdekad dahulu.
Selagi kita di kerumuni oleh ulat-ulat taik dan lalat serta tikus-tikus
yang kotor itu selagi itulah jangkitan penyakit yang sedang menyerang
sekarang ini tidak akan dapat di ubati lagi.
Buang taik-taik itu maka tidak akan datang lagi ulat-ulat taik yang
kotor itu. Jika kita mahu menutup makanan kita dengan tudung saji,
jangan pula di kurung lalat-lalat dan tikus bersama dalam makanan yang
kita tutup tadi.
Itu yang berlaku sekarang. Perasuah dan penyangak di kurung bersama
dengan harta rakyat. Itulah sebabnya pemimpin yang bersih tidak akan
kekal dan berada dalam UMNO dengan mudah kerana parti itu di kerumuni
oleh ulat-ulat taik yang kelaparan sentiasa.http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan