Sabtu, 23 November 2013

Jaspal Kritik Kenyataan Shahidan



 
Jaspal Singh
 
 
KUALA LUMPUR: MIC mengkritik kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa kaum India perlu membantu diri mereka sendiri dan tidak bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan.

Bendahari umumnya Datuk Jaspal Singh menyifatkannya sebagai kenyataan "tanpa perasaan dan tidak bertanggungjawab."

"Kenyataan beliau di Parlimen adalah tidak lebih daripada naif, bercakap jahil di kedai kopi," katanya.

Jaspal yang bertanding bagi jawatan naib presiden berkata terdapat sebilangan besar kaum India yang yang berkhidmat sebagai doktor kerana obsesi ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berada dalam profesion perubatan.

"Majoriti kaum India yang lulus sebagai doktor dibiayai oleh ibu bapa mereka, bukan kerajaan.
"Ibu bapa mereka terpaksa berjimat, menabung dan kadang-kadang menjual rumah-rumah untuk pendidikan anak-anak mereka. Ia benar-benar tiada kaitan dengan keadaan ekonomi keseluruhan kaum India," katanya.

Jaspal berkata rakyat mengundi parti yang memerintah supaya ia boleh memperbaiki kehidupan mereka.

"Ini adalah apa yang kita, BN mesti lakukan. Kita telah diamanahkan dengan itu dan adalah tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan miskin dari segi pendidikan dan pembiayaan supaya mereka boleh memperbaiki kehidupan mereka," katanya, sambil menambah Shahidan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah menunjukkan rasa tidak hormat terhadap kaum India.

"Langkah pertama ialah mengakui kesilapan dan meninggalkan masa lalu yang telah mengakibatkan keadaan semasa meminggirkan masyarakat tertentu.

"Orang India adalah salah satu masyarakat yang telah ketinggalan. Kita mesti mengakui ini dan bekerja bersama-sama untuk membantu masyarakat ini untuk berjaya," katanya

Tiada ulasan: