Jumaat, 22 November 2013

Cukai pintu naik bagai hukuman akibat undi pembangkang



OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Adakah cadangan kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur bertujuan menghukum penduduk ibu kota yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13)?Ahli Parlimen pembangkang percaya itulah sebabnya. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata hukuman kepada penduduk Kuala Lumpur sudah tentu menjadi sebab mengapa cadangan kenaikan cukai pintu dilakukan.“Apabila bercakap tentang hukuman, saya fikir terdapat terlalu banyak polisi yang diperkenalkan.

“Semua orang harus bangkit dan persoalkan, kita mempunyai pilihan raya dan mana-mana kerajaan yang tidak menghormati proses demokratik tidak seharusnya berada di sini” kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider.

Dalam PRU13, PR memenangi sembilan daripada 11 kerusi Parlimen yang mereka tandingi di Kuala Lumpur.

Lim berkata, menghukum penduduk Kuala Lumpur adalah sebab kedua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menambah sebab utama adalah “untuk mencari sumber pendapatan kerana Barisan Nasional (BN) sudah kehabisan wang”.

“Ya mereka mahu menghukum penduduk KL tetapi ini hanyalah sebab kedua. Mereka (kerajaan) perlu lebih banyak wang untuk dibelanjakan,” katanya.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang baru-baru ini berkata, penduduk ibu kota akan menyaksikan kenaikan cukai sebagai hukuman.

“Langkah ini memang kelihatan seperti untuk menghukum penduduk bandar,” kata Naib Presiden PKR yang dikenali sebagai Tian Chua itu.

Kerajaan perlu fikir beban rakyat, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kerajaan perlu fikir beban rakyat, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.Katanya, sama ada benar atau tidak kerajaan mahu menghukum penduduk kota tidak penting kerana mereka sudah pun menderita.

“Ini akan menambah beban besar kepada rakyat. Walaupun saya bersetuju dengan hujah tiada kenaikan cukai pintu sepanjang 21 tahun lalu, sekarang bukan masa yang sesuai.

“Kajian dan penilaian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu dan menteri seharusnya mendapatkan maklum balas rakyat sebelum mengumumkannya,” katanya.

Nurul Izzah yang turut bersetuju dengan Chua berkata kerajaan seharusnya mengambil kira bagaimana rakyat Malaysia akan berdepan dengan kenaikan cukai itu.

“Saya tidak fikir kerajaan melihat dengan serius mengenai kebimbangan Merril Lynch daripada Bank of America bahawa Malaysia akan menjadi negara miskin menjelang 2013. Ini menunjukkan mereka mahu merealisasikan ramalan itu,” katanya.

DBKL sudah pun mula menghantar notis kepada semua pemilik hartanah di Kuala Lumpur untuk memberitahu cadangan kenaikan cukai pintu di antara 100% dan 1,000%, dan di sesetengah tempat, lebih tinggi lagi.

Notis tersebut begaimanapun menyatakan, sebarang bantahan perlu dibawa ke DBKL sebelum 17 Disember.

Semalam, Nurul Izzah dan ahli Parlimen PR lain menggesa penduduk ibu kota untuk membantah cadangan kenaikan cukai itu dengan menghantar surat bantahan kepada DBKL sebelum tarikh itu.

Naib Presiden PKR itu berkata, sembilan ahli Parlimen PR dan dua ahli Parlimen BN akan bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis untuk mencuba mengurangkan kadar kenaikan cukai tersebut.

“Kami (PR) optmis mengenai perjumpaan tersebut kerana kita mempunyai sokongan daripada rakyat,” kata Lim.M/Insider

Tiada ulasan: