Anggota
dari Unit K-9 Polis menggunakan anjing pengesan 'German Shepher' ketika
menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang akibat
banjir kilat yang melanda awal pagi kelmarin di Lembah Bertam di Cameron
Highland, semalam. - Foto Bernama
CAMERON HIGHLANDS - Usaha mencari dan menyelamat seorang warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam di sini, diteruskan hari ini termasuk melibatkan sepasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pasukan yang terdiri daripada seorang pegawai dan empat anggota itu akan melakukan selaman di tiga kawasan iaitu di Empangan Salini, Jeram Kampung Manson ke Kampung Susu dan di Jeram Kampung Susu ke Kampung Salini.
"Pihak berkuasa turut memperluas kawasan mencari di empat zon sepanjang 20km menyusuri Sungai Bertam. Unit anjing pengesan dan jentera berat turut digunakan dalam usaha itu," katanya kepada pemberita mengenai usaha mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini.
Selain pasukan penyelam, ia turut melibatkan 11 pegawai dan 86 anggota keselamatan.
Wan Mohd Zahari berkata, usaha mencari akan diteruskan sehingga 7 malam, jika tiada sebarang halangan seperti cuaca buruk.
Selain mangsa yang hilang, kejadian banjir lumpur yang berlaku kira-kira 1 pagi Rabu lalu itu, turut mengorbankan tiga nyawa selain memusnahkan puluhan rumah dan kenderaan. - Bernama
Artikel Berkaitan
- Penduduk tepi sungai Cameron Highlands dipindah
- Tragedi Cameron: Unit penyelam diturunkan
- Pengusaha kebun rugi hampir RM200,000
- SJKC Bertam Valley tangguh persekolahan
- Keadaan banjir di Perak semakin pulih
- Jentera berat diguna cari mangsa banjir lumpur
- 143 mangsa banjir masih di pusat pemindahan
- Kawasan mencari di Ringlet diperluas
- Mahdzir: Lembah Bertam tidak selamat didiami
- Keadaan banjir di Perak bertambah pulih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan