DETIK DAILY
JERAI: Kerajaan BN Kedah dinasihati agar bercakap dan
bertindak 'dalam keadaan sedar' memandangkan sudah lima bulan mereka
memerintah negeri.
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar
berkata, BN tidak perlu menunggu kemenangan mereka di Sungai Limau
untuk membuat pembangunan kerana BN sudah berkuasa sebagai kerajaan.
"Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi
Lazim pada awal kempen baru-baru ini mengakui Sungai Limau sudah berada
dalam keadaan baik di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak namun
BN akan melakukan lebih baik lagi jika BN menang di Dun tersebut.
"Saya ucap terima kasih kepada calon BN yang mengakui tentang kebaikan
yang dilakukan Allahyarham Ustaz Azizan sepanjang pemerintahan beliau.
"Apa yang dilakukan oleh Allahyarham banyak dibantu oleh calon kita
Ustaz Azam yang menjadi petugas kepada parti di peringkat Parlimen Jerai
dan Dun.
"Kalau dia kata bila BN ambil alih mereka akan
lakukan pembangunan, saya fikir bahawa mereka dah ambil alih kerajaan
jadi sepatutnya tak perlu tunggu pilihan raya kecil baru nak tambah
baik," kata beliau ketika ditemui Harakahdaly di Markaz Induk PAS PRK
Sungai Limau, Batu 15, hari ini.
Tambah Mahfuz, sekiranya BN
ikhlas ingin membangunkan Sungai Limau, seharusnya pembangunan itu
dilakukan dalam tempoh lima bulan mereka memerintah selepas Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-13 Mei lalu.
"Sepatutnya dalam tempoh lima
bulan mereka dah buat sesuatu. Tapi dalam masa 5 bulan sebelum
daripada kematian Allahyarham mereka tak pernah datang pun (Sungai
Limau) untuk nak buat sesuatu yang lebih baik sedangkan mereka dah
dapat kuasa.
"Jadi janganlah dia bercakap seolah-olah kerajaan
BN tak berkuasa di Kedah," ujarnya yang juga Pengarah Jawatankuasa
Induk PRK Dun Sungai Limau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan