Sabtu, 26 Oktober 2013

Terpaksa pecahkan tingkap selamatkan keluarga

 


 

Ketika air banjir menenggelami Lembah Bertam, seorang mekanik motosikal berusia 19 tahun itu berkata, dia dan bapanya terpaksa memecahkan tingkap dan jeriji untuk menyelamatkan anggota keluarganya.

NONEMohd Shaifi Jamil berkata 20 minit sebelum siren amaran pertama dibunyikan pada waktu tengah malam, rakannya yang bapanya

bekerja di Tenaga Nasional Berhad ( TNB), telah menghubunginya untuk memberi amaran kepadanya mengenai kedatangan banjir tersebut.

Siren itu merupakan amaran bahawa Empangan Sultan Abu Bakar akan membuka pintu banjir untuk menyalur keluar lebihan air takungannya.

Ketika bersiap untuk menghadapi banjir tersebut pada kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, Mohd Shaifi mendapati ibunya dan kakak kembarnya terperangkap dalam air banjir yang naik secara mendadak.

"Air banjir belum sampai dan saya sedang tolak motosikal (ke kawasan yang lebih tinggi ), dan tiba-tiba ia datang. Saya panik kerana ibu saya masih di dalam ( rumah).

"Saya cuba buka pintu, tetapi tidak boleh buka (kerana tekanan air). Saya buka tingkap dan ternampak ibu saya tiada apa-apa kecuali air telah naik hingga mencecah dadanya," katanya.

Menurutnya, dia dan bapanya cuba memecahkan tingkap dan akhirnya mereka berjaya, dan terus membawa keluar ibu dan adik saya ke tempat selamat.

NONEBapanya tinggal berasingan di hadapan rumah mereka.

Rumah mereka kemudian hampir ditenggelami air banjir, kata Mohd

Shafie sambil menuding ke arah tingkap tersebut ketika ditemui Malaysiakini.

Rumah Mohd Shaifi terletak di tebing sungai dan mereka sudah biasa dengan banjir di situ.

Katanya, dia tidak menjangka air naik begitu cepat atau sedalam itu berbanding dengan banjir pada tahun-tahun sebelumnya. Biasanya paling teruk pun, paras air mencecah paras paha.


 |
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: