KL TODAY
PAS
Sarawak mempertikaikan kenaikan gaji mendadak pemimpin kerajaan negeri
Sarawak sebagaimana yang diluluskan oleh Dewan Undangan Sarawak
kelmarin.Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam
kenyataannya berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana kehidupan rakyat
sarawak sangat dhaif dan di bawah taraf kemiskinan sedangkan pendapatan
mereka sangat tinggi.
“Pendapatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut,” kata Jofri dalam kenyataannya.
“Pendapatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut,” kata Jofri dalam kenyataannya.
Gaji
ketua menteri Sarawak, timbalan ketua menteri, menteri-menteri serta
wakil rakyat dan mereka yang dilantik dalam kabinet Sarawak meningkat
lebih dari tiga kali ganda mula 1 Januari 2012.
Kenaikan gaji kali terakhir untuk kabinet Sarawak dalam pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Gaji Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan iaitu kenaikan tiga kali ganda.
“Kalau
dilihat daripada kehidupan seharian mereka jelas mereka hidup dalam
keadaan mewah serta mampu memiliki asset yang lebih daripada hasil gaji
yang mereka terima selama ini.
“Kita mahu setiap wakil rakyat termasuk ketua menteri dan keseluruhan anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing untuk membuktikan yang mereka ini bebas dari menerima rasuah atau memiliki hasil dari sumber yang lain selain dari gaji yang mereka terima,” kata Jofri dalam kenyataannya.

Sepatutnya
kerajaan BN Sarawak memberi tumpuan kepada nasib rakyat Sarawak yang
masih mundur dan hidup dalam kemiskinan dari menaikkan gaji ketua
menteri dan menteri-menteri yang berlipat kali ganda daripada hasil
pendapatan rakyat yang masih dibawah taraf kemiskinan, katanya.
“Kita
mencadangkan, adalah lebih baik memberi peruntukkan kepada setiap DUN
(Dewan Undangan Negeri) tanpa mengira parti politik mana yang dipilih
rakyat daripada menaikkan gaji ketua menteri dan timbalan ketua menteri
serta menteri-menteri yang dilantik kecuali wakil rakyat yang dipilih,”
cadang Jofrie.
Katanya,
untuk wakil rakyat yang dipilih terutama sekali wakil rakyat
pembangkang perlu kenaikan gaji sebab mereka tidak diberi peruntukan
yang sama seperti wakil rakyat BN.
Dengan
adanya peruntukan tersebut wakil rakyat di setiap DUN dapat memberi
perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat setempat dan dengan ini akan
dapat membantu menaiktaraf kehidupan penduduk dalam kawasan DUN
tersebut.
“Kita mengesa kerajaan BN Sarawak bersikap adil kepada semua wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira fahaman politik dengan memberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN,” tambah beliau.
“Kita mengesa kerajaan BN Sarawak bersikap adil kepada semua wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira fahaman politik dengan memberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN,” tambah beliau.
Tambahnya
lagi, setiap peruntukan yang diberi kepada setiap wakil rakyat akan
dipantau oleh badan odit yang bebas dari cengkaman politik agar ianya
dapat membantu melincinkan pentadbiran negeri dari unsur-unsur salahguna
kuasa dan rasuah.
Dengan adanya peruntukan tersebut, rakyat yang akan menikmati hasil bukannya hanya ketua menteri dan anggota dewan negeri saja.
“Kita
harap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya
dari kerajaan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat semua tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan