Apa yang hendak dihairankan jika
ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan
mempersoalkan hal kepimpinan dalam kerajaan minoriti yang ada pada hari ini? Di
mana-mana negara pun jika kerajaannya dipimpin oleh kerajaan minoriti keadaan
seperti yang sedang dihadapi oleh BN sekarang adalah kejadian biasa.
Itulah sebabnya kita melihat
banyak kerajaan menubuhkan kerajaan campuran. Kerajaan Britain
sekarang adalah kerajaan campuran apabila tidak ada parti yang menang secara
mutlak. Kerajaan Australia
adalah kerajaan campuran selama satu penggal yang lalu dan akan mengadakan
pilihanraya lagi pada September nanti.
Tiada parti yang mendapat
kemenangan yang tipis, boleh bertahan dan apa yang dihadapi oleh BN hari ini
adalah keadaan yang sama dan dijangka tidak akan bertahan lama. Dalam
memperbetulkan keadaan ini, semua pihak terutamanya kepada pihak yang menang
dengan kerusi yang kecil itu mesti melakukannya secara baik dan jujur dan pertimbangannya hanyalah terhadap
kesejahteraan rakyat sahaja, dan tidak yang lain.
Jangan ada pertimbangan yang lain
dari itu kerana jika ada pertimbangan lain ia sudah pasti akan membantutkan
usaha penyatuan itu. Apabila ada perundingan dan perbincangan ia wajar
meletakkan kepentingan negara lebih dari yang lain. Jika PM Najib mahu
melakukan perundingan itu beliau perlu tegas dan tidak mudah digoyang oleh
elemen-elemen ugutan dari dalam UMNO itu sendiri.
Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ iaitu seorang Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi ‘feasible’. Ini di sebabkan UMNO sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber ‘consequence’ untuk negara kita.
Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ iaitu seorang Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi ‘feasible’. Ini di sebabkan UMNO sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber ‘consequence’ untuk negara kita.
Penyelesaian mesti dilakukan
dengan kadar segera kerana jika ada kelengahan, ia akan membawa kepada situasi
yang lebih buruk lagi kerana situasinya akan lebih buruk pada masa akan datang
dalam kadar yang cepat pula. Kelalaian UMNO selama ini menyebabkan parti itu
sudah tiada yang berkepimpinan maka rakyat terpaksa mencari orang yang mampu
untuk melakukan perubahan itu.
Jika UMNO tidak mahu bertindak
segera melakukan perubahan ini, maka yang jelas parti itu akan kecundang dan
jika pimpinan hari ini masih dengan acara dan ragam yang sama maka rakyat akan
memberikan persepi UMNO tidak mahu berubah dan sudah bersedia untuk ditumpaskan.
Jika itu berlaku UMNO tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk ahli-ahlinya
sendiri kerana bersikap degil dan tidak memahami apa yang dikehendaki rakyat
sebenarnya.
Sememangnya UMNO dan BN sedang
menurun sokongan ramai. Semasa Abdullah Badawi yang dikatakan oleh setengah
pihak seorang Perdana Menteri yang ‘tidur’ dan tidak bersedia untuk membuat
persiapan menghadapi pilihanraya, beliau tetap mendapat 140 kerusi dalam PRU 12
yang lalu.
Di sebaliknya semasa pentadbiran Najib yang sudah tersedia maklum dengan masalah yang ada di hadapan beliau dan telah melakukan kerja keras. Tetapi kerja keras beliau hanya mendapat kejayaan hambar dengan jumlah kerusi yang lebih rendah dari PRU sebelumnya.
Di sebaliknya semasa pentadbiran Najib yang sudah tersedia maklum dengan masalah yang ada di hadapan beliau dan telah melakukan kerja keras. Tetapi kerja keras beliau hanya mendapat kejayaan hambar dengan jumlah kerusi yang lebih rendah dari PRU sebelumnya.
Bagi melakukan perubahan ini kita
mesti akui dahulu yang UMNO serta BN sudah sampai kepenghujungnya dan ia
memerlukan pembaharuan yang besar-besaran. Melakukan pembaharuan itu wajib dengan
menampilkan seorang yang disegani dan boleh membantu membawa situasi politik
yang berbeza dari yang ada pada hari ini. Itu dahulu yang mesti dilakukan.
Selagi ada baki-baki situasi politik sekarang ini wujud, usaha untuk melakukan pembaharuan
itu tidak mudah dicapai.
Pihak yang mahu melakukan
perubahan ini mesti membawa rakyat berfikir dalam ‘environment’ yang baru
supaya masing-masing akan merasa kebersamaan dalam melakukan perubahan dan
membina negara yang bersatu padu itu. Semua pihak wajar merasakan keterlibatan
mereka dalam usaha ini. Apabila dibawa rakyat bersama untuk mencapai penyatuan
ini, maka rakyat akan bersama-sama menjaga apa yang telah diputuskan bersama
itu.
Saya selalu membawa isu ini
kerana saya sedar yang UMNO akan kecundang dan pihak yang mengambilalih pun
tidak mungkin berjaya melakukan perubahan sepenuhnya. Yang menang tidak akan
dapat semua dan yang kalah tidak akan kehilangan semua. Justeru masalah
perbalahan itu akan tetap wujud.
Bagaimanapun ini hanyalah
pandangan peribadi jika diberikan ruang untuk difikirkan bersama. Jika
tidak abaikan sahaja pandangan ini dan teruskanlah dengan perbalahan yang anda
sekalian sedang lalui sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan