Sabtu, 4 Mei 2013

Staff Berita Semasa
 
Pakaran Rakyat Menang PRU13

Kalau dahulu ya…..jika diimbas kembali sejak dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan negara kita selama ini cukup ternal dengan dasar yang mengamalkan sistem kapitalis yang terikat dengan global ekonomi.

Siapa kata? Berita Semasa? Bukan….tetapi Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor. Mengapa?

BN dan UMNO sangat kapitalistik yang sebenarnya mereka tidak sedar pun selama ini sehingga menyebabkan berlakunya jurang yang agak besar di antara golongan kaya dan golongan miskin kerana mereka begitu lama mempunyai ruang dan peluang untuk mengawal dan menguasai sumber dan hasil kekayaan negara yang bernama Malaysia sejak sekian lama sehingag mengundang kesilapan dan salah laku seperti _______, _____, ___________ (anda isikan sendiri)

Akhirnya menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia yang boleh digelar sebagai ‘looser” (yang terlepas) di mana masih tertinggal jauh dalam arus pembangunan negara. Mereka-mereka ini hanya mampu memandang sahaja di tanah air sendiri sedangkan hakikatnya apa yang mereka perhatikan itu bukan milik mereka sebenarnya tetapi terus dipunggah oleh kalangan golongan elit dan taikun-taikun kaya di Malaysia.

Keputusan PRU13 : Golongan Kaya VS Golongan Miskin?

Barisan Nasional Menang PRU13 

Realitinya, masalah terbesar sekarang ini di malaysia, rakyat Malaysia terpaksa membayar terlalu tinggi untuk mendapatkan kualiti dan kehidupan sosial yang lebih baik.

Sehinggakan 10% golongan kaya dan kalangan taikun-taikun di Malaysia berjaya mengawal sehingga 70% kekayaan harta & pendapatan milik negara selama ini.
  • 44.2 % penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan yang hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi negara
  • 50% yang dipegang oleh 20% golongan elit dan taikun-taikun kaya di Malaysia
Jadi, realitinya rakyat Malaysia sekarang ini “sengih” sahaja. Nah…sebab itulah PR datang dengan kaedah bersifat :

Rakyat ada masalah apa?
  • Kos pemilikan & pinjaman kereta membeban? : Turun cukai kereta berperingkat
  • Harga minyak membebankan : Turun harga minyak
  • Kos pendidikan diperdagangkan & membebankan : Hapus PTPTN & pendidikan menjadi percuma
  • Tol membeban sedangkan konsesi sudah untung berlipat kali ganda : Hapus tol berperingkat
Bagi, bagi dan bagi kepada rakyat. Cari apa masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini kemudian bentangkan penyelesaian kepada rakyat melalui Manifesto Pakatan Rakyat berdasarkan apa yang menjadi isu dikalangan rakyat Malaysia sekarang ini. Sudah semestinya ramai yang akan menerimanya.
  • 40% isirumah di bahagian bawah mempunyai purata pendapatan RM1,222 manakala 20 peratus isirumah di bahagian atas memperolehi pendapatan purata RM8,157.
  • 58% isirumah memperolehi pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa mana-mana isirumah bandar dengan kurang daripada RM3,000 akan dianggap sebagai miskin.).
  • Pertumbuhan pendapatan menjadi kuat hanya untuk mereka yang memperolehi pendapatan yang berada 20 peratus di bahagian atas terutama sekali sejak 1990.
  • Perbezaan dalam kalangan kumpulan bandar kekal tinggi dengan tiada perubahan dalam dekad yang lalu.
Dan….Inilah masalah pemerintahan di negara kita sekarang yang mengamal sistem kapatalisme, iaitu :
“Siapa yang memiliki kuasa & wang, dia yang akan menguasai segala benda sehingga berlakuanya kesenjangan antara golongan kaya dengan golongan miskin semakin melebar”
Akhir-akhir ini jurang antara kita cukup tinggi.

Keputusan PRU13 : Manifesto Barisan Nasional (BN) Manifesto Pakatan Rakyat (PR)?

Mengapa ini semua terjadi? Ini disebabkan Pakatan Rakyat datang kepada rakyat Malaysia, apatah lagi Pakatan Rakyat bukannya kerajaan dan datang daripada bawah. Rakyat Malaysia cerita macam-macam masalah dan isu kepada mereka dan mereka mendengar, menganalisa dan membawanya untuk dirangkumkan dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihanraya BN VS PR

Sebaliknya BN dan UMNO datang daripada sejak berpuluh tahun lamanya (kelompok elit), sebab mereka memegang kuasa  bukan? Akhirnya mereka lebih banyak datang dengan projek besar, projek mega tetapi realitinya ia tidak mencapai dan mencecah apa kehendak rakyat di bawah sekarang ini. Terlalu jauh….
  • Dan sebab itulah realitinya sekarang ini parti-parti politik di peringkat negerilah yang banyak tiru meniru @ pinjam meminjam bagi membentangkan manifesto mereka kepada rakyat
  • Ini kerana di peringkat negeri jurang mereka dengan rakyat tidak terlalu jauh dan mereka sedar sedikit sebanyak apa kehendak rakyat di negeri mereka berbanding di peringkat persekutuan disebabkan “gap” terlalu jauh dengan rakyat Malaysia di bawah
  • Ditambah pemimpin BN UMNO diperingkat negeri ada yang sudah bergelar pembangkang
Akhirnya, barulah pemimpin politik ini tersedar :
“Owhhhh, owh…… we have missed manage the nation”
Sebenarnya, isu rakyat Malaysia termasuk kami, anda, anda dan kita semua rakyat Malaysia adalah yang dirisaukan sekarang sebenarnya tidak kira samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah untuk 5 tahun seterusnya selepas ini asalkan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, kami ingin bertanya kepada pemimpin politik yang ada :
Adakah kamu sedar atau tidak, sekali lagi…..
“rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang tinggi untuk kualiti dan kehidupan sosial”
Inilah penyakit yang dihadapi sebuah negara Malaysia. Dalam sistem kapitalisme ini yang dipanggil “cultural capital” yang mana budaya agamanya agak nipis. Oleh itu, kami Berita Semasa berharap mana-mana parti yang mahu menang dalam Pilihanraya Umum 2013 (PRU13), diharapkan mengambil berat dan perhatian tentang “the soul”.

Keputusan PRU13 : Pengaruh Golongan Muda & Atas Pagar

Barisan Nasional agak lambat menyedari kewujudan orang muda. Berbanding Pakatan Rakyat yang telah pun bergerak lebih awal. Itu sebablah kita ada terdengar sejak 12 bulan terkahir ini pemberian rebat RM200 untuk telefon pintar, program 1M4U dan lain-lain lagi.

Keputusan PRU13 Ahad 5 Mei

Bukan semua sebenarnya orang muda menolak manifesto Barisan Nasional (BN) tetapi manifesto Pakatan (PR) lebih menarik perhatian mereka kerana begitu dekat dengan masalah rakyat terutamanya yang dihadapi golongan muda dan golongan pertengahan di bandar terutamanya hari ini. Siapa cakap? Ini disuarakan sendiri oleh seorang profesor berbangsa Cina dalam program Majlis Profesor Negara (MPN) baru-baru ini.

Keputusan PRU13 : Top Down Approach VS Bottom Up Approach

PRU13 BN VS PR 

Berita Semasa tidak pasti siapa think-thank Pakatan Rakyat yang mungkin ada kelebihan dan kelemahannya. Apa antara kelemahannya? Kelemahannya adalah mereka bukan terdiri daripada agensi dan institusi kerajaan yang boleh membantu bagi merencanakan manifesto Pakatan Rakyat . Mungkin anak-anak muda yang “think beyond blue ocean strategy” yang boleh dikatakan juga “think beyond boundry”. Inilah yang dipanggil mekanisme atau pendekatan “bottom up approach” datang kepada rakyat daripada bawah sehingga menjadi satu manifesto besar yang dipanggil manifesto Pakatan Rakyat.

Satu lagi dipanggil “top down approach“. Apabila sudah lama atau biasa memerintah 55 tahun lamanya, kami tidak fikir pemikir dalam politik politik BN UMNO yang memikirkan intipati manifesto Barisan Nasional. Sebaliknya, sudah menjadi kebiasannya agensi-agensi kerajaan yang dikerah untuk membantu dalam penghasilan manifesto BN kerana kami masih lagi tidak nampak pemimpin BN ada daya dan upaya untuk menghasilkan manifesto yang cukup unik dan diluar kotak untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia kerana “berada jauh di atas sejak sekian lama”.

Adakah inikalilah Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya ataupun slogan “lainkalilah” yang digunakan Barisan Nasional bakal terus menjadi realiti? Sama-sama kita nantikan keputusan satu demi satu yang akan dibawakan Berita Semasa esok sehinggalah awal pagi Isnin nanti!

Teruskan undian anda …..

Tiada ulasan: