KOTA KINABALU— Kerajaan membelanjakan RM21.7 juta bagi
penjagaan kesihatan untuk pendatang asing yang tidak membayar kos
perubatan mereka, kata pegawai Jabatan Kesihatan kepada Suruhanjaya
Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di sini hari
ini.
Angka pesakit asing, kebanyakkannya rakyat Filipina dan Indonesia di
hospital kerajaan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini kepada
40,826 pada 2011 yang menerima rawatan pesakit, atau 19 peratus
daripada jumlah pesakit secara keseluruhan.
"Pesakit asing datang ke hospital sama ada sebagai pesakit luar atau
dalam meningkatkan beban kepada kami," kata Dr Maria Suleiman, timbalan
pengarah prinsipal (Epidemiology) di Jabatan Kesihatan Sabah semasa RCI
hari ini.
Beliau juga mendedahkan sejumlah 25 peratus rakyat asing melahirkan anak di hospital kerajaan pada 2011 atau 14,096 bayi.
Dari 2000 sehingga 2011, rakyat asing telah melahirkan 122,882 bayi
di hospital kerajaan, purata 22 peratus daripada kelahiran keseluruhan.
"Rakyat asing melahirkan anak di hospital kerajaan membimbangkan kita kerana terdapat sejumlah 122,882 kelahiran," kata Maria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan