Aspan Alias
Perhimpunan
anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi sangat berjaya. Jumlah
kehadiran tidak kurang dari 80,000 orang dan ini bukannya satu isu
kecil yang boleh ditangani dengan mudah. Jika dibayangkan jumlah yang
sebegini, sesiapa pun tidak boleh menafikan keresahan orang ramai
terhadap tuduhan ‘massive fraud’ yang berlaku di dalam PRU 13 yang baru
selesai itu.
Dalam
situasi ini semua pihak wajar mengatasi isu kebangkitan ini dengan
kaedah yang benar-benar diterima oleh semua pihak dengan baik.. Tolong
jangan perbesarkan isu seperti isu berulangnya insiden 13 Mei. Situasi
sekarang tidak akan membawa kepada insiden 13 Mei kerana ia bukan
pertentangan diantara kaum. Ia adalah pertentangan diantara pihak rakyat
di bawah Pakatan Rakyat yang terdiri dari rakyat berbilang kaum dengan
pihak BN yang juga dari berbilang kaum.
Jika ada
pihak yang ketakutan akan terjadi insiden 13 Mei itu adalah permainan
politik yang tidak baik. Insiden itu akan hanya boleh berlaku jika ada
pihak yang sengaja melakukannya secara ‘deliberate’. Persoalannya
sekarang, bagaimana penyelesaian boleh dilakukan dengan sejujurnya
dimana semua pihak ikhlas mahu melihat penyelesaiannya.
Apa yang jelas sekarang pihak Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya kerana mereka menuduh PRU kali ini adalah pilihanraya yang penuh dengan penipuan. Sekarang bukan lagi masanya untuk semua pihak balas-membalas dan berbahas dari kedua-dua belah pihak tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah cara bagaimana hendak mendapatkan penyelesaiannya.

Pihak
kerajaan khususnya pihak pimpinan UMNO yang berada didalam kerajaan
sudah tidak boleh melakukan usaha perdamaian dan mencari
penyelesaiannya. Siapa sahaja dalam kepimpinan UMNO, maksud saya dalam
Majlis Tertinggi parti dan kerajaan tidak boleh mencari penyelesaiannya
kerana mereka adalah pihak yang sedang menghadapi tuduhan rakyat yang
ramai ini.
Pihak yang
dari Pakatan juga tidak boleh melakukan usaha perdamaian ini kerana
mereka adalah dari pihak yang menuduh dan tidak berpuas hati. Kita mesti
mencari individu yang dihormati dan boleh dipercayai dan diyakini untuk
melakukan usaha percantuman yang berpecah, yang boleh ‘menyambung yang
putus dan menampal yang koyak’.
Pakatan
akan mengadakan perhimpunan seperti ini di Pulau Pinang dan Ipoh selepas
ini. Jika keadaan ini berpanjangan maka rakyat tidak ada kuasa untuk
menjalankan kehidupan seharian dengan teratur kerana berhadapan dengan
situasi seperti ini. Bagi saya pihak yang berwajib mesti mencari
‘instrument’ yang boleh meredakan dan memulakan usaha perdamaian dan
seterusnya masing-masing pihak berpuas hati.
Rakyat terpaksa menjalankan kehidupan masing-masing dan politik ini wajar diselesaikan dalam kadar yang segara. Jika perhimpunan ini berlarutan, kita takut budaya berhimpun ini akan terbina dalam masyarakat kita.
Satu fakta yang hakiki, BN sememangnya tidak boleh bertahan lagi dengan keadaan pimpinan BN yang ada sekarang ini. BN sedang dalam kedudukan bertahan dan ini adalah disebabkan oleh kelalaian yang begitu lama oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah. Kita tidak menjangka yang rakyat boleh keluar dan bertindak berhimpun setiap minggu kerana politik. Kelalaian UMNO selama inilah yang membuahkan budaya politik yang hampir ganas ini.

Isyarat
kepada UMNO sudah lama diberikan kepada parti pemerintah ini. Tetapi
mereka tidak mahu mengambil isu kemarahan rakyat ini dengan serius
sehinggakan rakyat sudah sanggup menghabiskan masa berhimpun dan
berhimpun. Bagi Anwar Ibrahim, berdemonstrasi dan berhimpun ini
sememangnya sudah menjadi kemahiran beliau sejak beliau dalam usia muda
dikampus dahulu. “Anwar is just swimming with the flow” kata seorang
rakan yang juga rapat dengan Anwar.
Saya
berpendapat agar kekecuhan ini wajar diberhentikan segera. Saya lebih
pentingkan untuk rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Kepentingan individu dalam BN mahu pun dalam Pakatan Rakyat wajar
dikorbankan. Jika keadaan terus menerus seperti ini maka elok Majlis
Raja-Raja Melayu melakukan sesuatu dan mengambil tanggungjawab untuk
meredakan keadaan yang panas ini. Jika politik tidak dapat mencari
penyelesaiannya maka rakyat terpaksa mengadap Raja-Raja Melayu untuk
memainkan peranan yang seadil-adilnya terhadap rakyat ramai yang sedang
marah ini untuk berdemokrasi.
Jika tidak
ada usaha untuk memuaskan hati rakyat ini maka keadaan negara akan
terumbang ambing dalam suasana kehidupan yang tidak menentu…tidak ada
yang kalah dan tidak ada yang menang.
Carilah penyelesaian dengan memberikan tanggungjawab merapat dan memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Penyelesaian wajar dilakukan oleh seorang yang mempunyai ‘wisdom’ tinggi dan mampu bercakap dan berunding dengan semua pihak yang berperang perasaan sekarang ini. Rakyat semakin hari semakin jemu dengan perkelahian politik yang sudah berlarutan sekian lama.

Kalau
dikaji dari situasi semalam, keadaan negara tidak akan bertambah aman
malahan semakin parah. Sebelum berlaku perkara yang tidak kita ingini,
saya tetap berpendapat yang pihak Raja-Raja Melayu wajar mengambil
tindakan yang sewajarnya serta merta.
Anak-anak
muda sudah terlalu terlibat dengan perhimpunan dan kita khuatir budaya
berarak dan berhimpun ini akan menjadi cara hidup rakyat khususnya
kepada generasi yang masih muda ini.
Dalam
keadaan sekarang ini penaungan di bawah Raja-Raja Melayu sangat di
perlukan. Kita mahukan negara yang aman, rakyat yang bersatu padu dan
akhirnya mencapai perpaduan nasional yang sejati.
Kita tidak
mahu mempertahankan dan menaikkan seseorang kerana keinginan dan
kemahuan peribadi. Kita mahukan kehendak rakyat terisi sepenuhnya kerana
negara ini rakyat adalah pemiliknya…maksud saya rakyat semua kaum yang
berbilang agama dan adat resam itu.-aspanalias.blogspot.com
1 ulasan:
Kalau benar Orang asing ada diberi Kad Pengenalan maka Raja-Raja Melayu kena masuk campur.Ini bahaya kepada Negara kita yang tercinta. Mereka juga layak terhadapan segala yang dinikmat rakyat. Perbelanjaan akan berlebihan. Ini pandangan saya.
Catat Ulasan