Roketkini.com, |
KUALA LUMPUR:
Momokan perkauman sempit dan jahat Umno Barisan Nasional (BN) terhadap
DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan
Undangan Negeri (Dun) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit
Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.
Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi.
Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.
Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim mendapat 19,581 undi, peningkatan 8,650 undi berbanding hanya 10,931 pada PRU 2008 lalu.
Kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dimenangi calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi.
Keputusan memberangsangkan calon Melayu DAP itu membuktikan DAP semakin diterima baik rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan bijak selain momokan perkauman Umno BN tidak berjaya menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, khususnya DAP di seluruh negara.
PRU kali ini menyaksikan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU 2008 lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan